Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Wednesday, 6 October 2010

Muadzam Shah Hotel, Pahang -- Wawa Inn

Isnin - Rabu (4hb - 6hb Oktober 2010) lepas, saya dan Isriadi ke Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Memandangkan ini buat pertama kali kami ke sana (kerana urusan kerja), kami membuat sedikit penyelidikan di google untuk mendapatkan kedudukan/peta, laluan jalan dan tempat penginapan di sana.

Muadzam Shah Hotel
Dari internet, tidak banyak info yg boleh diperolehi tentang tempat tinggal seperti hotel di Muadzam Shah. Hanya satu tempat sahaja didapati iaitu Wawa Inn. Itupun tiada laman web untuk mempromosi kawasan penginapan tersebut.
Walau bagaimana pun, kami tetap membuat tempahan untuk memastikan tempat tidur sepanjang kami disana. Bagi yang bercadang hendak tidur di Muadzam Shah, anda dinasihatkan agar membuat tempahan awal kerana tempat tinggal sangat terhad.
Wawa Inn pada saya agak menarik untuk didiami kerana ia menawarkan harga bilik yang sangat berpatutan iaitu RM80 dan RM100 sahaja. Kami mengambil keputusan untuk memilih bilik RM80 kerana biliknya agak luas untuk kami berdua. Di Wawa Inn terdapat kemudahan asas seperti restoran Wawa 2020 beserta WiFi, tempat letak kereta yang mencukupi, sarapan percuma, landskap yang menarik serta bentuk bangunan yang agak menarik perhatian saya. Celcom Broadband juga boleh didapati kerana tempat ini berhampiran dengan Stesen Pemancar Celcom.
Masakan di restoran juga dalam kategori sedap juga dan berbaloi. Suasana di awal pagi juga sangat menarik. Pada pukul 7.30 pagi masih berkabus di sekitar Muadzam Shah. Trafik juga tiada masalah.
GPS coordinate Wawa Inn : 03.06005N 103.08178E


Pemandangan di waktu pagi

Bilik RM80 (kiri) dan Bilik RM100 (Kanan)


Keadaan Bilik RM80




Restoran Wawa 2020 juga ada bilik makan berhawa dingin (tiada gambar)


Pendek kata, Wawa Inn sangat sesuai untuk didiami oleh golongan bekerja jangka pendek dan mempunyai kemudahan yang berpatutan dan selesa. Saya pasti akan tinggal di sini lagi jika datang ke Wawa Inn.


Search tag : Wawa Inn, Pahang budget hotel, Pahang hotel, Muadzam Shah budget hotel, muadzam shah hotel, hotel murah di Muadzam Shah

89 comments:

awEx b!acE said...

thx sb tlong promote wawa inn...
by the thx again...
u r nice person....
we so epy read about wawa inn

nizamnz said...

Tak perlu berterima kasih kerana saya hanya merakamkan pengalaman hidup saya di dalam blog ini.

Saya bekerja dengan merantau di hampir seluruh Semenanjung Malaysia. Di mana ada tempat menarik, saya akan merakam gambar dan video untuk dimasukkan ke dalam blog saya.

Anonymous said...

ridan inn ngan wawa inn sme ke?
konfius coz no phone sme..

nizamnz said...

Dari pencarian di internet, saya dapati no telefon tidak sama. Jadi, saya percaya mereka tidak sama

Anonymous said...

boleh minta phone number wawa inn?

nizamnz said...

Nombor telefon Wawa Inn terdapat pada gambar pertama. Terima kasih

Anonymous said...

Saya baru menginap di Wawa Inn.Nampaknya banyak berbeza sekarang.Bilik dak naik RM90.00. Tiada sarapan pagi.Lampu depan mentol tidak berganti, kosong jee...Bilik air pun tak bape bersih.Tahi cicak kat tangki air tandas tak dibersihkan...geliii.Lain kali nak cuba di RSD pulak.

Anonymous said...

Nak ditambahkan cerita lagi,kali lima bilik depan n belakang macam tak dibersihkan ,daun2 kering bertaburan( cari la tukang kebun full time /part time) Nyamuk ? jangan cerita...,berterbangan sana sini.Mintak ubat nyamuk wap,dah abis. Terpaksa la sembur sebelum tido.Selesa ?? Memang tak selesa.Harap tuan punya Inn ini,kena buat sesuatu.....

nizamnz said...

Terima kasih di atas update yang diberi. Nampaknya pihak pengurusan kena ambil tindakan segera untuk mengelak pelanggan lari...

meo said...

slm bro, ade contact number tak wawa inn nie?

nizamnz said...

Bro Meo, sila rujuk komen sebelum ini...

Anonymous said...

Setuju dgn anynomous di atas, Wawa Inn memang kurang memuaskan..kurang bersih spt apa yg ditulis, bau longkang lagi.. Baru minggu lepas menginap di sana atas urusan kerja. RSD pun 2x5. Puas pusing2 Bandar Muadzam Shah, tak de hotel lain..terpaksa laa...Harap pihak pengurusan kedua2 hotel ni ambil perhatian. Jgn ambil ringan, mentang2 tak de hotel lain kat bandar ni..

nizamnz said...

Terima kasih di atas komen anda. Saya hanya menceritakan pengalaman saya di Wawa Inn. Terpulang kepada diri dan pengalaman masing-masing untuk dikomen di sini. Para pembaca lain boleh buat penilaian sendiri.

Anonymous said...

Saya baru kol Wawa Inn lunch hour tadi. Ingt nak book utk next week (Raya). Katanya, cuti Raya dorang pn tutup.
FYI - Wawa Inn ni dulu dikenali ngan nama Ridan Inn. Mngkn dah tukar owner sbb tu nama pn ikut tukar sama.

P.S - Ada sesapa bley rekomen tempat lain tak? & tlg kasik phone no skali,k? TQ.

nizamnz said...

cuba google..

epoil said...

Saya bercadang hendak bercuti ke Muadzam shah... bercadang menginap di wawa inn pada 1 minggu selepas.. harap selepas cadanagan dan kritikan daripada orang ramai pihak pengurusan ambil tindakan penambahbaikan..

meo said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nizamnz said...

Sila jaga perkataan yang anda taip. Perkataan lucah, melampau, mencarut dan kasar tidak dibenarkan di dalam blog ini.

Harap maaf En Meo... comment anda saya delete untuk menjaga kerukunan blog saya ini

meo said...

eh, mana ade saye mencarut?

mungkin agak kasar je.

sori.

cuma nak org lain berjaga2 dgn hotel nie.

Anonymous said...

Ada satu hotel lagi di Muadzam Shah iaitu bersebelahan dengan Tunas Manja di tepi lebuhraya Tun Razak. MAaf lupa pulak nama dia apa

Untuk pengetahuan, satu hotel besar sedang dalam pembinaan, bersebelahan dengan masjid Muadzam Shah. Mungkin tahun depan akan siap

nizamnz said...

Wah! nampaknya pada masa akan datang tiada lagi masalah kepada sesiapa yang ingin bermalam di sini. Harap-harap harganya nanti tidak membebankan.

laila murat said...

baru nak call..dah tgk update ttg wawa inn tak best..harap2 ada yg terbaik..pemilik2 hotel terutama bumiputera...agalah pelanggan anda..yg ptg kebersihan...senyuman...harga berpatutan

yusa said...

Ridan Inn dan Wawa Inn benda sama je. saya pernah stay 1 mlm masa nama dia Ridan Inn.tak silap saya tahun 2008. how they manage tempat ni dulu kira tak kemas la. harap improve lagi

Anonymous said...

assalamualaikum...saya nk komen la..wawa inn ni mmg teruk sepertimana yg diberitahu oleh pengunjung yang pernah duduk di wawa inn sebelum ni.kepada tuan blogger ni...tlg jgn delete mesej ini..kerana ia adalah benar...jgn cuba utk mempertahankan wawa inn ini..bile da booking namanya booking la..mcm mana tibe2 kol cakap pnuh..da booking da bagi nama dah nombor telefon..saya pernah menjadi seorang receptionist dan saya tahu mcm mana tugasnya.

Anonymous said...

xda hotel lain ke kat sana? t ader sepupu kawin den nak tido mano? aiyok...ssh nie...xde suggestion ke kawan-kawan..?

nizamnz said...

Terima kasih atas komen anda. Saya tidak akan delete komen anda sewenang-wenangnya. Syaratnya hendaklah menggunakan bahasa yang baik. Jangan guna bahasa kasar dan lucah.

Anonymous said...

laila:layanan receptionist di wawa inn kurang memuaskan..muke ketat je layan customer.kite nk bagi die bisness pun xnak..sgt kecewa..

Unknown said...

salam. boleh beri phone no. wawa inn. TQ

nizamnz said...

Saudara Zay Jamin, nombor boleh didapati di gambar pertama.

SANISAH SALAMUN said...

Salam hormat,
sebelum ini ramai rakan sekerja saya ke wawa in n tak pula saya dengar komen2. risau juga saya sb saya merancang utk ke rompin dlm KEMBARA TUN TEJA saya. Semoga tiada masalah yg tidak memuaskn
- VIP NISA, KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA.

nizamnz said...

Sanisah, lain orang, lain citarasanya... harap anda dapat memberikan respon setelah tinggal di Wawa Inn. Kami menunggu latest update dari anda...

Unknown said...

urmmm

Unknown said...

kwn sy pernah bekerja disini...pengurusan teruk lah...ade ke semua keje kene buat..gaji pulak kecik,epf n socso pn xpotong....owner dato...mcm mane la org melayu nk maju...

Anonymous said...

sy pelajar baru utk uniten...sy mencari penginapan utk keluarga sy bermalam...ingat nak tido wawa inn tapi dah byk owg komen buruk2..takot lak nak pergi..ada hotel lain tak kat muadzam shah tu yang berdekatan dgn uniten..???

Anonymous said...

Wawa in adalah yg terbaik jika dibandingkan dengan hotel yg laen di muadzam.. Wlaupun sevice di wawa in kurang memuaskan.. tetapi selalu full boking...;)

Anonymous said...

Wawa in adalah yg terbaik jika dibandingkan dengan hotel yg laen di muadzam.. Wlaupun sevice di wawa in kurang memuaskan.. tetapi selalu full boking...;)

Anonymous said...

sevis bagos org pom suke.

Anonymous said...

Sy akan ke muadzam 19 jan ni..so bleh x bg sy contact number..n wawa inn ni lokasi nye kt area mane ye?

nizamnz said...

Sila lihat gambar pertama post saya ini

Anonymous said...

saya baru menginap di Wawa Inn pada jam 4.30 pg - 12.tgh 16.2.2013, Reception 3 org bujang tu ok, layanan ok,kemudahan bilik RM90.00 OK,Persekitaran damai & tenang, cuma bilik air perlu manage air panas tu tak berfungsi,harap alert selalu.Anyway saya sekeluarga puas hati.Tq Wawa Inn

nizamnz said...

Terima kasih saudara/i, apa yang boleh saya katakan, jangan harap berlebihan.... sesuaikanlah dengan harga dan keadaan bilik dan persekitaran.
Pada saya, dengan harga bilik itu, agak berbaloi lah... bukan saya nak promosi sebab saya bukan agen.
Lain orang, lain citarasanya...

Anonymous said...

Tq admin.. bagus untuk info..

Anonymous said...

Tq admin.. bagus untuk info..

Anonymous said...

wawa inn dulu dikenali sebagai ridan inn, motel yg bagus,dulu ini lah saje piginapan yg ada di muadzam,

Anonymous said...

assalamualaikum semua.. pada owner blog.. saya dulu selalu pergi ke uadzam shah... tapi saya dok di hotel murh yg sekaraang nih dah tak wujud sebab owner dah meninggal dunia... then sebelum saya menikah ngan org muadzam shah .. pernah sekali saya dok di sana.. masa tuh rm80 .. sekali ngan bekfast free.. sememangnya memang bersih... tapi sekarng saya akui semua komeentar yg tak puas hati tentang wawa inn.. anyway ok la .. sebab harganya murah .. by the way untuk information semua sebuah hotel baru ( sebelah masjid muadzam ) dah nak siap.. sebab baru2 ni pada 29hb 4 2013 ( hari isnin ) nama hotelnya dah bernyala .. maybe tak lama lagi akan beroperasi.. harga tak tahu berapa... nampak macam mahal je.. hopefully ianya berpatutan

nizamnz said...

Terima kasih di atas info...

joojamil said...

slm..sy akn ke muadzam sbb 26hb ni sepupu kawen, travel dr jb so plan nk stay sana..tgh rikey2 tmpt nk stay..bole bg nama hotel bru tu? dh google..ada 3- muadzam shah hotel, rs dhotel & wawa inn..tlg yea..tqvm

nizamnz said...

Ada sesiapa boleh update nama hotel baru tu?

Anonymous said...

apalah agaknya nama hotel baru tu ek..mn org kuantan...tlg la kawe weyyy

Mama4Aqil said...

Hai.. saya orang muadzam.
Dont worry,kalau rasa was-was nak tinggal kat wawa inn..banyak jugak tempat lain. Mula-mula nak bitau ya.., hotel yg u all cakap tu..memang till today (24-06-2013) belum beroperasi lagi.ok. kalau nak rumah rehat..mungkin boleh google kat mudah. search keywords "muadzam shah". harap saya dapat membantu.bytheway, rumah rehat tu bukan saya punya ya...

Anonymous said...

nama hotel baru tu tong villion..saya bru check in hari jumaat lepas..harga bilik agak mahal..tapi berbaloi..sya amik bilik deluxe 2 katil queen harga rm238 pernite..ada bath tub sekali..sgt sesuai utk family yg ramai mcm saya..ada ank 7org..

Anonymous said...

Salam kawan2, kpd yg mempunyai maklumat tolong nyatakan di sini no. telefon atau website TONG VILLION. Saya dh cuba browse internet tapi tk jumpa. Saya yakin ramai rakan2 kita di luar sana yg perlukan maklumat ni. T kasih tuan blogger atas usaha murni ni.

Anonymous said...

Salam. Saya juga perlukan no. tel hotel Tong Villion. Tolong ya kalau ada sesiapa yg mempunyai maklumat. Mungkin baru sangat & belum ada official website lg. Terima kasih.

Anonymous said...

Salam semua... Nmpaknya ramai yg perlukan maklumat hotel baru ni. Mungkin Sarah Amanda dapat tolong kita memandangkan dia org Muadzam Shah. Mana tahu kalau2 Sarah Amanda ada contact number hotel tong villion ni. Tq.

Anonymous said...

Tong Villion Hotel
609 4521001

Anonymous said...

Bila Tong dah ada.... baru ada persaingan :)

Anonymous said...

utk maklumat lanjut dan info bkenaan Tong Villion Hotel..sila searh di facebook "tongvillion hotel"...tolong like n promotekn skali our pages ye..tq

kecewa said...

Saya ingin berkongsi pengalaman pahit saya sekeluarga semalaman di Tong Villion check in pada 16 Ogos 2013. Kami tinggal di bilik Deluxe 1 katil king. Check in lewat 9.30 pm kerana berhari raya dan bercuti dan tujuan ke Muadzam untuk hantar anak balik ke Uniten. Kami dapat diskaun kerajaan Rm160.00 bagi bilik berharga RM210.00 maka saya sangat happy. Kegembiraan saya sekejap saja akibat sikap pengurusan yang tamak dan aircond yang tak sejuk walaupun hotel baru kalau tak silap saya belum dapat CF lagi. Bayangkan kami tengah letih dan aircond tak sejuk indicator tunjuk 27 C. Kami panggil maintenance utuk repair dan dia kata kene tunggu jap, kami tunggu hingga setengah jam tapi suhu masih tak turun masih tunjuk 27 C! Panggil sekali lagi dan suruh tunggu setengah jam lagi, tapi suhu masih panas lagi masih 27 C! Akibat terlalu letih maka saya terlelap. Pada jam 11.45 pm, saya dikejutkan deringan telefon dari front desk, saya ingatkan pasal aircond ttp tidak dia mahukan saya bayar duit tambahan rm50 kerana ada ramai dalam bilik. Memang betul saya ada 6 anak tapi semua masih bersekolah, tapi mengapa masalah aircond belum selesai dah nak minta duit tambahan, tidakkah perkara ini boleh diselesaikan esoknya. Kami semua tengah penat, dah seminggu outstation. Cuba bayangkan apakah jenis pengurusan macamni, tidakkah Bodoh namanya. Really Stupid and greedy management!!! So kalau tuan/puan kena macam saya ni, inilah pertama dan last saya tinggal disini. Bukan niat saya utk saya bercakap tentang bangsa, tp kalau orang Melayutu adalah tolak ansurnya tp ini tidak, hotel ini dimiliki oleh beberapa orang taukeh..Pada malam itu juga saya telah bercakap dgn salah seorang dari taukehnya kalau tak silap Mr Easter...maka saya ingin bercakap dengan taukeh..jangan Sombong atau bongkak kita sepatutnya ada rasa give and take. Hotel baru dah tentu ada kelemahannya. Saya check in jam 9.30mlm dah lewat, buat apa saya ambil bilik yang tak ada diskaun, bilik rm238.00 tak ada diskaun, krn saya hanya nak tinggal sekejap aja krn esok pg sya dah nak hantar anak ke Uniten dan kami pun nak balik ke Penang. Aircond pun panas walaupun dua kali telah baiki. Mengapa tak tunggu esok pagi untuk bincangkan caj tambahan krn duit deposit saya ada rm 150.00 disamping bayar bilik rm160.00, saya telah bayar cash rm310.00 semasa check in, krn hotel ini belum ada kemudahan credit card.
Esok paginya deposit saya telah dipotong rm40.00 maka saya bayar dgn hati yang kecewa....apa boleh buat...
Kalau nak beri markah kepuasan pengguna, saya beri 0/100. Itulah yang selayaknya.
So berhati2 semua.

Anonymous said...

saya telah bermalam di Tong Villion Hotel pada 17 - 18 Ogos 2013. saya ambil dua bilik yg ada katil king saiz.sangat2 selesa. semua nya OK!

Anonymous said...

Better stay kat wawa inn atau tong villion hotel?

Anonymous said...

yup just call. utk max 2 person per room. extra rm20.00/head.

Anonymous said...

Saya pernah menginap mulai Jan 2013 sebanyak 2x di Wawa Inn dan 1x di RSD Hotel. Bilik tidor dan bilik air di Wawa Inn lebih besar dan selesa berbanding di RSD hotel. Di Wawa saya pilih kadar sewa bilik RM90. Bilik ada TV dan Aircond. Saya akan pilih Wawa Inn lagi untuk check in esok.

Anonymous said...

Saya dah berkali kali pergi ke Muadzam, ekoran kakak saya belajar di UNITEN/KSHAS.. Dah tak terkira dah banyak kalinya saya pergi..

Setahu saya, tempat penginapan staraf hotel cuma ada tiga.. Iaitu Wawa Inn, RSD Hotel, Tong villion..

RSD Hotel kalau xsilap saya dah tidur 2 kali.. Wawa Inn dah x terkira dah banyak kalinya kami menginap.. Tong Villion belum pernah, tapi ada tanya mmg mahal..

RSD dgn Wawa Inn mmg kurang memuaskan tapi oklah lagipun murah.. Pada saya, better Wawa Inn than RSD.. Sbb RSD nie sempit dan agak kotor.. Wawa Inn lapang pastu boleh sewa extra mattress.. 1 tilam yg kosong RM5, manakala yg complete dgn selimut dan bantal rm10 kalau xsilap.. Anyway, rate untuk 1 bilik di wawa inn nie around rm70-90 dua katil single.. Yg 90 tu bersih sikit..

Anyway, dkt Muadzam nie juga sebenarnya banyak sgt homestay cuma kena book dulu.. Sbb selalu penuh.. Saya pun dah banyak kali sewa homestay, ada yg ada aircond dan ada yg takda.. Pergi ke Desa Semarak yg berdekatan dgn CRK, dkt situ je pun dah ada lebih kurang 6-7 buah home stay yg berharga antara 150-200 ringgit, 3 bilik... Kalau family atau ramai mmg sesuai..

Tempat makan pulak pun mmg banyak, untuk sarapan pagi hingga tengahari I suggest warung yg dekat dgn padang di pekan muadzam... For lunch maybe boleh try dkt pekan muadzam, search beberapa restoran seperti Badariah(untuk makanan lauk pauk), Retoran Nasi Ayam Gemas, atau yg dkt belakang Wisma Uniten(disini aneka makanan boleh didapati dan yg paling special adalah Nasi Kukus).

Untuk makan malam, I suggest restoran yg dkt dgn RSD hotel.. Disitu makanan pun boleh tahan and servis pun cepat, selain tue dkt restoran wawa 2020, atau pergi pekan muadzam disana pun ada bermacam-macam restoran..

Kalau nak cari tempat riadah & rekreasi mmg kurang lah dkt bandar muadzam nie.. Pun begitu ada beberapa aktiviti yg dikenalpasti boleh dilakukan, kalau nak joging petang2 tue boleh joging sekitar pekan muadzam anyway pekan nie amat tenang.. Kalau nak main tenis pun ada juga, manakala kalau nak main woodball pun boley cuba try tanya dkt quarters guru.. Kalau nak lepak2 tenangkan fikiran boley try pergi taman2 rekreasi yg ada dkt pekan ataupun masuk kampus uniten, boley jalan2 or joging and relaks dkt tasik uniten..

Kalau hari ahad uols boleh try pergi Politeknik, disitu dorang ada bukak Swimming Pool and karoeke untuk org luar.. Namun hari sabtu & ahad sahaja if i'm not mistaken..

Tue je info.. :)

nizamnz said...

WOWWWW!!!!! Satu penerangan yang detail. TAHNIAH saudara !!!
Semoga info yang tuan berikan dapat dijadikan panduan berguna buat semua yang melayari blog saya ini. Insya Allah segala penerangan saudara itu mendapat balasan yang baik.

Terima kasih banyak-banyak

Anonymous said...

Baru bercadang nk pegi toong villion nieh~ banyak plak comment yg x memuaskan haishhhh

Anonymous said...

Tak yah lah Hotel Tong tu,saya tak faham hotel Tong ni, bukan saya tak biasa duduk hotel yang standard macam hotel Tong ni. Biasanya kalau kita booking family room atau superior yang ada 2 katil queen yang boleh menempatkan 4 orang , ada tak kita kena bayar xtra untuk tambahan 2 orang. Saya berempat, dan saya booking pun bukan bilik untuk berdua , tetapi bilik untuk berempat kenapa masih kena charge lagi 2 orang, 20.00 seorang? dia kata itu prosedur, tak kira bilik bilik besar mana, dia kira 2 orang je. kalau lebih dari 2 orang, kena charge seorang 20.00 lagi.. . kalau bilik besar yang ada 2 katil queen tu RM238.00 . sebab berempat tambah 40.0, kalu berlima ..60.00..hampeh.. sorry lah hotel Tongngong ni..dah lah pulak tu, kalau booking bilik berempat pun , free breakfast tetap bagi untuk 2 orang je..hotel yang lain2 tu pulak.. tahap kebersihan memang lah sedih... sepatutnye Muadzam ni kena ada bajet hotel yang oklah. sederhana tak cekik darah cam tong..dan tak hampeh sangat cam hotel yang ada sekarang..

Anonymous said...

Salam saya pernah menginap di homestay di kawasan Desa Anggerik Muadzam Shah. Ini homestay baru rasanya. Ada aircond dan luas juga untuk saya sekeluarga yang ada kenduri kawen sedara kat sana. So far puas hati dan bayaran pun berpatutan. Sesiapa yang nak try boleh la call owner ni 0129491157 (noor).

nizamnz said...

Terima kasih di atas info saudara tu. Diharap pembaca lain dapat manfaat...

Unknown said...

Salam, kesemua hotel2 d muadzam shah ni ada wifi tak dalam bilik? Boleh dapatkan info

Anonymous said...

Saya nk share tempat penginapan baru terletak di pekan muadzam..nama hotel tong pavilion 4 bintang bagi saya..hotel baru..ada sign board Dari jln besar..WiFi ada..sarapan percuma..Cuba lah..memang terbaik

Unknown said...

Dah 2 kali saya menginap di wawa in sangat tidak memuaskan.

HASHIMI said...

Saya pun bercadang untuk bermalam di Wawa Inn masa hantar anak kat Politeknik.

HASHIMI said...

Tapi bila baca komen komen di atas rasa macam nak cari homestay kat sekitar Muadzam. Harap masih ada kekosongan.

Akal Sari said...

Assalam Admin dan pengunjung blog...

Terima kasih atas saluran maklumat di laman sanggar tuan Admin. Perkongsian catatan disertakan dengan foto paparan amat membantu khalayak pembaca yang berhajat ke Bandar Muadzam. InshaAllah saya akan hadir ke sana esok bagi siri menggalas tugas.

Pandangan individu lain juga memberi input untuk sesiapa yg ingin menjejak ke sana. Sudah pasti perkhidmatan terbaik menjadi pilihan. Namun, sudah pasti perkhidmatan setimpal harga tawaran yg ditetapkan.

Bagi yang menempah penginapan, jangan terlalu mengharapkan serba serbi sempurna jika bayaran sekadarnya. Bagi tuan punya penginapan pula sentiasalah beringat agar menjaga aspek kebersihan dan keselesaan pengunjung.

Harga rendah bukan alasan untuk mengabaikan manakala harga tinggi jangan pula hingga menganiaya tanpa ada budi bicara. Perlu diingat jika ingin bertahan lama, hati pengunjung perlu dijaga. Jika perkhidmatan memuaskan hati, maka pasti mereka akan berkunjung di lain masa. Jika sebaliknya pula, bersedialah untuk menerima kata-kata sinis "inilah kali pertama dan terakhir menginap di sini"

~ sekadar berkongsi: coretan musafir seni

man panjang said...

Pengalaman sya d wawa inn..pada 2bln lpas bln 7..keadaan makin ok sedikit..reception nya yg perempuan agak kurang msra..tpi yg l3laki nya ..nama sya lupa..baik senang saya berurusan..bilik nya agak baik dri dlu rm90...wawa inn kerana parking nya senang ..nk mkn pn senang..harapan sya..perkhidmatan boleh d tingkat kan lagi.....pasal hotel tong villion..sekarang servis nya baik..bilik nya menarik dan selesa..walau agak mahal rm250....lain2 hotel kt muadzam saya xpernah..hanya wawa dn tong je...bulan ni sya kesana lgi..pilihan saya mngkin wawa lagi..tpi ambil bilik rm90..kerena agak bersih ckit...yg saya pelik pasal wawa..kenapa hotel leh ttup kaunter reception pkl 12...kenapa x24 jam....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nizamnz said...

Terima kasih Man Panjang. Pendapat anda sangat bagus sebagai penilaian memilih hotel mengikut kehendak/ keperluan masing-masing

Anonymous said...

br jer tempah RSD hotel hjng minggu ni...so mcm mn ye...tp rsnya dah x de tmpt lain dlm ms terdekat ni sbb hjng minggu ni ada Kejohananal catur antarbangsa anjuran Politeknik Muadzam..

Anonymous said...

Saya dh stay kat byk Hotel di Muadzam. Pada saya Tong Villion adalah terbaik wpun harganya lebih sedikit (kalau tk silap RM218 utk Deluxe & RM238 utk Superior). Sila ambil perhatian yang harga tersebut untuk seorang. Kalau tambah seorang lagi kena tambah RM20. Ini lah kali pertama dlm hidup saya berjumpa dgn hotel yg memperkenalkan konsep sedemikian. Satu lagi... wpun kadar hotel ni agak tinggi tapi perlu diingat yg bilik di hotel ini tidak mempunyai peti sejuk. Wawa inn wpun harganya lebih murah tapi ada peti ais.

RIDAN SEMARAK HOMESTAY said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Maklumat terkini. Saya difahamkan pihak pengurusan Tong dlm proses pertimbangan untuk melengkapkan bilik hotel dengan Peti Sejuk setelah menerima terlampau banyak aduan, rungutan, cadangan & maklumbalas dari pengunjung. Harap2 disegerakan.

anjung hotel said...

salam. saya dari pengurusan Hotel Anjung di muadzam shah. Kami adalah hotel baru menggantikan hotel lama iaitu Hotel RSD. Kami telah megambil alih hotel tersebut memandangkan hotel tersebut mengalami masalah pengurusan.
Dengan itu kami telah melakukan sedikit perubahan terhadap hotel dengan menukar hampir keseluruhan barang-barang hotel lama termasuk katil,tilam,bantal dan lain-lain. Kami masih lagi dalam proses penambahbaikan walaupun begitu operasi hotel masih berjalan seperti biasa. Harga yang kami tawarkan adalah dari RM60-Rm100(family room)
untuk info lanjut boleh hubungi kami di 09-4502312 / 019-9707751

Anjung Hotel sedia menanti kedatangan anda :)

nizamnz said...

As Salam

Saya ingin berikan sedikit cadangan kepada pihak Anjung Hotel

Anda boleh buat satu web atau blog. Masukkan gambar terbaru di situ beserta lokasinya sekali

Kemudian berikan alamat web tersebut di blog saya ini.

Ini sebagai kemudahan kepada para pembaca yang ingin ke Muadzam Shah. Boleh pilih mana sesuai.

Tk

Yanz Homestay Melaka said...

Saya baru sahaja pulang daripada Tong Villion Hotel Muadzam Shah. Staf yg ramah, servis yg baik, kemudahan baru, harga berpatutan. Ada government rate untuk penjawat awam. Free breakfast utk anak bawah 12 tahun. Bersebelahan pasaraya & masjid. Anak bongsu menangis masa nak check out tak nak balik rumah. Akan menginap di Tong Villion lagi jika ke Muadzam Shah. Terbaik!!

nizamnz said...

Yanz Homestay Melaka

Terima kasih di atas komen anda!!

Unknown said...

Tumpang iklan..Terima kasih :)

RIDAN SEMARAK HOMESTAY (MUADZAM SHAH PAHANG)
single terraced house / rumah teres setingkat
- 3 bedroom / 2 bathroom
- Full package
- Check in : 2.00 p.m.
- Check out : 12.00 p.m.

- for booking : +6013 9316113 / +6013 9603962

Blog : muadzamshahhomestay.blogspot.my

Alleyza Collection said...

Wawa in dah tutup pun...pengalamam sy lak pernh duduk wawa inn sebelum ni...7 taun yg lepas..adik sy kena kacau dgn hantu...km book 3 mlm...last hr yg kedua terpaksa cr hotel lain..br dapat tido dgn aman...pengunjung ke muadzam tak perlu risau psl tempat penginapan...di sinu walaupun hanya ada tong villion hotel je...tp byk homestay di kwsn sini...terutama di desa semarak dgn harga dan kemudahan yg memuaskan...

Unknown said...

Bleh bagi contc no.wawa inn..

nizamnz said...

WAWA INN dah tutup

Post a Comment

Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini