Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Tuesday 19 October 2010

Singgah Sebentar di Kampung Jabir, Kuala Balah, Kelantan

Pada 12 Oktober 2010 yang lalu, saya dan Isriadi telah singgah sebentar di kampung Tn Hj Alias & Tn Hj Azhar Ahmad. Kedua-duanya adalah adik beradik yang saya kenal semasa bekerja di Celcom. Mereka masih di Celcom sedangkan saya telah berhenti VSS pada tahun 2005 yang lalu.

Semasa kami bekerja di kawasan Bukit Berangan dan Kuala Balah, Kelantan teringat pula saya akan kampung rakan lama saya ini. Lalu saya telefon Tn Hj Alias untuk menanyakan tentang kampungnya seterusnya singgah sebentar untuk mengenali ibubapanya serta merasai pengalaman hidup di kampung walaupun hanya sebentar.

Koordinat : E05.545914°, N101.887159°

Ternyata permintaan saya mendapat respon yang baik dari Tn Hj Alias dan ibubapanya. Kami dijemput untuk singgah ke rumah ibubapanya. Kami sampai pada pukul lebih kurang 3 petang disambut dengan kesibukan ayah Tn Hj Alias (Tn Hj Ahmad) mengupah orang untuk mengambil buah dokong, langsat dan duku. Usai solat Zohor di surau sebelah rumahnya, saya terus ke belakang rumah untuk melihat cara-cara mengambil buah.

Dari pemerhatian saya, nampaknya tiada cara lain untuk mengambil buah melainkan dengan memanjat pokok. Sebuah bakul diberikan kepada pemanjat untuk diisi buah seterusnya dibawa turun menggunakan tali setelah penuh. Hasilnya 4 bakul penuh dengan pelbagai buah dapat dipetik pada petang itu.

Pemanjat sedang mengambil buah dokong



Yang menariknya, terdapat sebatang anak sungai mengalir laju melalui tanah keluarga Tn Hj Ahmad ini. Airnya sungguh sejuk jernih separas lutut sungguh sesuai untuk berendam di musim panas. Kalau tiada tugas selepas itu, pasti saya dah berendam!!
Hasil tuaian
Bersama Tn Hj Ahmad yang sungguh peramah dan pemurah. Sempat juga berceloteh bersamanya sambil dijamu dengan air Milo dan kiuh.


Di belakang rumah. Tengah mengumpul buah


Alhamdulillah, kami dibekalkan dengan sebakul penuh buah dokong, duku dan langsat disamping betik dan rambutan yang sangat fresh. Maklumlah, baru dipetik....

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Alias di atas kemurahan hatinya kerana memberi kesempatan kepada saya untuk merasai kehidupan kampung dan pengalaman melihat proses mengambil buah langsat. Semoga umurnya dan keluarga diberkati Allah. Amiin.... Pengalaman singkat ini banyak memberi pengetahuan kepada saya.


2 comments:

Anonymous said...

Kampung ambo ni ! Ni la tok guru, tok imam, ayah, cikgu dsb utk diri ambo dr kecik sampai dah beranak pinak ni....!

nizamnz said...

Alhamdulillah. Inilah di antara jasanya yang sentiasa dikenang sesiapa yang mengenalinya.

Post a Comment

Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini