Akhirnya, saya telah menjumpai sabun berasaskan tanah yang boleh menyelesaikan masalah ini. Maaf, saya bukan hendak mempromosi atau menjual produk ini. Cuma memberi pengetahuan dan kemudahan kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama seperti saya.
Sabun ini boleh terdapat di kebanyakan kedai menjual jamu
Ulangkaji mengenai Jenis-jenis Najis
Najis Mughallazah (Berat) Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.
Cara menyucikan najis mughallazah:
1.Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2.Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
3.Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."
Najis Mukhaffafah (Ringan) Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.
Cara menyucikan najis mukhaffafah:
1.Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
2.Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3.Lap dengan kain bersih sehingga kering.
Najis Mutawassitah (Pertengahan) Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering.
Cara menyucikan najis mutawassitah:
1.Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
2.Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
Najis-najis lain
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.
Mengenai basuhan
Cara Membasuh Yang Betul
Membasuh semua benda-benda yang najis ialah dengan cara dijirus atau dilalukan air padanya.
Cara Membasuh Yang Salah
Sediakan satu bekas air mutlak yang sedikit.
Celupkan benda yang najis itu berkali-kali di dalamnya seperti membasuh ikan atau daging dan sebagainya.
Sila ke laman web ini http://www.taharah.com.my/catalog/personal-care/Taharah-Bath-Soap
KEGUNAAN DAN KEISTIMEWAAN SABUN TAHARAH.
1. Sebagai Sabun Mandian Harian.
2. Kegunaan Untuk Bersamak : Cara 1 Kali Air Sabun Taharah dan di bilas dengan 6 Kali Air Mutlak.
3. Kegunaan Sebagai Sabun Kesihatan Dan Kecantikan Kulit. Mampu Meyerap Toksin.
4. Sebagai Basuhan Sayur-Sayuran, Buah-Buahan, Barang Kemas Dan Basuhan Baju.
5. Menyamak Pinggan Mangkuk Di Kedai-Kedai Makan Ataupun Restoran.
6. Penggunaan Sabun Taharah Teruji Keistimewaanya Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki
UNTUK KEGUNAAN YANG LEBIH BERKESAN.
Untuk Penggunaan Lebih Berkesan Biarkan Sapuan SABUN TAHARAH Di Tempat-Tempat Yg Bermasalah Seketika Supaya Buih / Air Sabun ini Benar-Benar Menyerap Ke Dalam Kulit Kemudian Barulah Di Bilas.
Penggunaan Yang Berterusan Adalah Di Galakan untuk Kesan yang lebih Baik Dan Meyakinkan.
Kelebihan SABUN SAMAK DAN MANDIAN TAHARAH yang boleh digunakan untuk samak najis mughallazah (anjing dan khinzir) telahpun mendapat pengesahan dan sokongan dari :
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah melalui surat bil. (65) dlm.JMNK(F)602 Jld 6 bertarikh 13 Januari 2004.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui surat bil 710/PPIM/ABNGLOBAL/60/02, bertarikh 6 Jun 2004.
Mufti Negeri Sembilan melalui surat bil (83) JMKNNS. 209 (01) 747/1 Jld 4, bertarikh 6 Oktober 2004.
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu melalui surat bil (110) JMN TR. 2/1 Jld 20, bertarikh 20 Disember 2004.
13 comments:
Terima kasih dgn info ni. Jadi,satu baldi air boleh la letak sabun taharah dlm dia. Thanx :)
Saya dpt info mengatakan tidak sah menggunakan sabun taharah utk menyamak kerana kandungan tanahnya sedikit. Bolh bg pnjelasan ker?
Wallahu a'lam
Tapi setahu saya, sabun ini mengandungi 90% tanah.
Syarat kalau nak guna sabun adalah kandungan tanah >50%
.
EN. MOHD NIZAM..
boleh tahu dimana boleh dapatkan sabun taharah ni?
Cik Nurul Ezrin
Mudah sangat nak beli. Pergi ke kedai jamu saja
biasanya ada dijual
Tk
Tumpang tanya, saya ada baca artikel kat website Mufti Wilayah Persekutuan. Dia kata guna sabun Taharah ni (Nota: Diorang sebut dgn spesifik nama sabun ni dlm artikel tu) tak sah digunakan utk menyamak, sebab kandungan tanah dia cuma 5%.
Mohon pencerahan, sebab saya seorang pemuzik yg main gendang. So saya nak ambik langkah berjaga-jaga bila beli gendang yg guna kulit natural, contohnya gendang2 tradisional drpd negara2 Asia mcm gendang tarian singa tu. Tolong ye ������
Maaf tuan. Saya buakan ahlinya utk mengatakan sabun ini sesuai atau tidak
Saya merujuk kepada web berikut:
https://imuslimshops.wordpress.com/taharah-sabun/
Jika ada kemushkilan, silakan tanya kepada para Ustaz
Setahu saya, gendang diperbuat dari kulit lembu/kambing/ kerbau. Tak perlu samak
Boleh rujuk video ini juga
https://www.youtube.com/watch?v=lZyP0TIdVYw
Naaahhh, it's okay. Saya dah rujuk satu video drpd ‘30 Minit Ustaz Don’ dan video kuliah UAI. Dua2 ustaz kata ok. Terima kasih! Moga bermanfaat ilmu yg tuan sampaikan, insyaAllah :)
P/S: Sebenarnya ada je gendang kulit binatang kategori najis mughalazah, contohnya gendang Salmunori dari Korea yg menggunakan kulit anjing (Take note, musicians). Pada hari yg sama masa saya tulis komen saya hari tu, saya dah pun terpegang kulit gendang (tak tau la Jepun atau China punya) yg guna kulit babi kat satu kedai ni. 😅😅😅
Alhadulillah!
Harapan saya tuan tidak lagi sangsi dengan kerjaya tuan tu
NOTA
SAMAK = SERTU
Ada tempat tertentu disebut SERTU. Kami di sini sebut SAMAK. Maksudnya sama
Thanks and that i have a tremendous give: Where To Buy Houses That Need Renovation home remodel
Post a Comment
Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini