Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Wednesday 22 June 2011

Hotel Jelai, Raub, Pahang


Hotel in Raub, Pahang.
Pada 20 Jun 2011 yang lalu, kami telah pergi ke Raub kerana menjalankan tugas tinjauan di Celcom Kolam Air Raub, Pahang untuk projek PDRM RMPnet. Melihat kepada iklan 'bunting' di tepi jalan, kelihatan beberapa hotel menawarkan harga yg berpatutan. Setelah membuat sedikit penyelidikan mengenai hotel-hotel yang terdapat di Bandar Raub, kami membuat keputusan untuk pergi ke Hotel Jelai kerana dikhabarkan hotel ini baru dibuka.

Kunjungan kami berbaloi kerana memang hotel itu baru dibuka kira-kira dua bulan. Lokasinya kira-kira 300 meter dari kawasan Bandar Raub. Jadi, nasihat saya, sediakan apa-apa yang patut sebelum ke hotel ini kerana tiada kemudahan restoran atau kedai serbanika di kawasan ini. Kalau nak makan atau membeli barang keperluan, kena naik kenderaan.

Lokasi GPS : 3.789286°, 101.855667°

Kami menginap di bilik untuk 3 orang; 1 katil queen dan 1 katil single. Harga promosi adalah RM108 termasuk sarapan. Yang paling menarik di bilik ini adalah susunan perabot dan bilik air yang ringkas tetapi kemas. Air paipnya sungguh laju. Puas mandi!
Di sini terdapat perkhidmatan WiFi. Anda juga boleh menggunakan komputer yang terdapat di lobi hotel.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa di sana. Anda boleh baca risalah untuk mendapat gambaran mengenai kemudahan yang diberikan oleh pihak hotel kepada pelanggannya.







tandas yg bersih dengan air yang laju

ruang lif di tingkat 2

tempat menggosok pakaian

Makanan yang disediakan untuk sarapan pagi termasuk nasi lemak bungkus, mee goreng bungkus dan roti bakar

Ruang kafetaria di Tingkat bawah

Kaunter

Komputer disediakan di lobi termasuk WiFi

Sila klik pada risalah ini. Anda akan dibawa ke mukasurat baru. Klik pada risalah untuk zoom.


Search tag : Hotel Raub, Raub budget hotel, hotel murah di Raub, Pahang budget hotel, raub hotel murah