Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Thursday 3 December 2020

GAMBIR SIREH

 

GAMBIR SIREH - Bagaimana Rupa dia?




Gambir sireh adalah antara benda yang hampir pupus di negara kita. Orang dulu-dulu suka makan sireh. Dalam acara keramaian pun ada disediakan sireh untuk dijamah. Namun, dizaman milenium ni, Gambir dan sireh semakin dilupakan. Orang sekarang tak suka makan sireh. Mungkin sebab rasanya yang agak kelat. Tak ada ciri-ciri komersial! Hahahahaa…….

Gambir masih digunakan di Indonesia sebagai luka bakar, ubat sakit kepala, ubat diarea, ubat disentri, ubat kumur-kumur, ubat sariawan, ubat sakit kulit, penyamak kulit, bahan pewarna tekstil dan astragensia.

Gambir juga digunakan menjadi bahan perekat kayu lapis dan papan partikel. Setelah itu, kayu lapis tadi dinilai bermutu tinggi. Gambir mempunyai nilai tambah setelah dikilang menjadi bentuk biskut dan tepung gambir dan mudah dieksport ke seluruh dunia. Negara India memerlukan 6000 tan gambir setahun.

Gambir adalah ekstrak air panas dari daun dan ranting pokok gambir yang disedimentasikan dan kemudian dicetak dan dikeringkan. Potensi pengembangannya cukup besar, bila dilihat dari potensi produksi, pemasaran pada pasar domestik dan eksport.



Semalam jenuh mencari Gambir ni untuk tujuan perubatan. Dah lah tak berapa kenal sebab dah lama sangat tak tengok. Mula-mula cuba cari di kedai mamak, puas mamak tu selongkar kedainya mencari Gambir ni. Namun hampa. Adeh!

Saya cuba cari di kedai Acheh. Rupa-rupanya orang Acheh tak kenal Gambir. Mungkin mereka panggil dengan nama lain kot. Saya ada cakap makan Gambir dengan sireh. Mereka masih tak kenal. Adoi…

Cuba juga cari di kedai mamak lain. Katanya tak ada stok. Dia suruh cari di kedai Myanmar pulak. Orang Myanmar pun tak makan Gambir. Mereka makan Sireh dengan biji Pinang dan kapur saja. Hmmmm…..

Akhirnya teringat satu kedai India kat rumah saya. Pergi sana pulak. Tokey dia jenuh mencari Gambir ni. Tak jumpa. Nasib baik pekerja dia orang Jawa ingat lokasi Gambir di para barangan rempah. Alhamdulillah. Dapat juga setelah puas mencari 





Rupa dia berbentuk silinder yang dikerat (sila rujuk gambar). Ada belang di tengah. Kenapa? Jangan tanya saya. Saya pun tak tahu.

Harganya murah aje. Seketul RM2.80. Kalau pandai bodek, boleh dapat diskaun.

Keras macam kayu tapi ringan. Gambir yang mengeluarkan warna merah bila dimakan. Tak ada Gambir, tak ‘kick’ lah sebab tak jadi merah! Gambir juga ada rasa tersendiri yang menyedapkan rasa sireh buat si pemakannya.


Kini, lebih ramai mencari Gambir Sarawak berbanding Gambir sireh. Kenapa? Hahahahaaaa…… cari sendiri sebabnya. Kegunaannya berbeza. Gambir Sarawak tak boleh dimakan bersama sireh sebab ia menyebabkan rasa kebas. Macam bius gitu. Dah faham sebabnya?



P/S – gambar pokok tu saya ambil dari Wikipedia