Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Wednesday 27 October 2010

Samak - Sukar Mencari Tanah Yang Suci?

Suatu masa dulu saya sering menghadapi masalah bila hendak melakukan samak. Kekadang kita berasa was-was terpegang najis mughallazah seperti berus cat. Masalah terjadi kepada orang yang tinggal di apartmen. Mana nak cari tanah? cangkul pun tak ada!

Akhirnya, saya telah menjumpai sabun berasaskan tanah yang boleh menyelesaikan masalah ini. Maaf, saya bukan hendak mempromosi atau menjual produk ini. Cuma memberi pengetahuan dan kemudahan kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama seperti saya.

Sabun ini boleh terdapat di kebanyakan kedai menjual jamu

Ulangkaji mengenai Jenis-jenis Najis
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu najis mughallazah (najis berat) najis mukhaffafah (najis ringan), dan najis mutawassitah (najis sederhana).

Najis Mughallazah (Berat) Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.

Cara menyucikan najis mughallazah:
1.Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2.Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
3.Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:

"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

Najis Mukhaffafah (Ringan) Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.

Cara menyucikan najis mukhaffafah:
1.Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
2.Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3.Lap dengan kain bersih sehingga kering.

Najis Mutawassitah (Pertengahan) Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering.

Cara menyucikan najis mutawassitah:
1.Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
2.Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
Najis-najis lain
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

Mengenai basuhan

Cara Membasuh Yang Betul
Membasuh semua benda-benda yang najis ialah dengan cara dijirus atau dilalukan air padanya.

Cara Membasuh Yang Salah
Sediakan satu bekas air mutlak yang sedikit.
Celupkan benda yang najis itu berkali-kali di dalamnya seperti membasuh ikan atau daging dan sebagainya.

Sila ke laman web ini http://www.taharah.com.my/catalog/personal-care/Taharah-Bath-Soap

KEGUNAAN DAN KEISTIMEWAAN SABUN TAHARAH.
1. Sebagai Sabun Mandian Harian.
2. Kegunaan Untuk Bersamak : Cara 1 Kali Air Sabun Taharah dan di bilas dengan 6 Kali Air Mutlak.
3. Kegunaan Sebagai Sabun Kesihatan Dan Kecantikan Kulit. Mampu Meyerap Toksin.
4. Sebagai Basuhan Sayur-Sayuran, Buah-Buahan, Barang Kemas Dan Basuhan Baju.
5. Menyamak Pinggan Mangkuk Di Kedai-Kedai Makan Ataupun Restoran.
6. Penggunaan Sabun Taharah Teruji Keistimewaanya Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki
UNTUK KEGUNAAN YANG LEBIH BERKESAN.

Untuk Penggunaan Lebih Berkesan Biarkan Sapuan SABUN TAHARAH Di Tempat-Tempat Yg Bermasalah Seketika Supaya Buih / Air Sabun ini Benar-Benar Menyerap Ke Dalam Kulit Kemudian Barulah Di Bilas.

Penggunaan Yang Berterusan Adalah Di Galakan untuk Kesan yang lebih Baik Dan Meyakinkan.


Kelebihan SABUN SAMAK DAN MANDIAN TAHARAH yang boleh digunakan untuk samak najis mughallazah (anjing dan khinzir) telahpun mendapat pengesahan dan sokongan dari :
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah melalui surat bil. (65) dlm.JMNK(F)602 Jld 6 bertarikh 13 Januari 2004.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui surat bil 710/PPIM/ABNGLOBAL/60/02, bertarikh 6 Jun 2004.
Mufti Negeri Sembilan melalui surat bil (83) JMKNNS. 209 (01) 747/1 Jld 4, bertarikh 6 Oktober 2004.
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu melalui surat bil (110) JMN TR. 2/1 Jld 20, bertarikh 20 Disember 2004.

Tuesday 19 October 2010

Singgah Sebentar di Kampung Jabir, Kuala Balah, Kelantan

Pada 12 Oktober 2010 yang lalu, saya dan Isriadi telah singgah sebentar di kampung Tn Hj Alias & Tn Hj Azhar Ahmad. Kedua-duanya adalah adik beradik yang saya kenal semasa bekerja di Celcom. Mereka masih di Celcom sedangkan saya telah berhenti VSS pada tahun 2005 yang lalu.

Semasa kami bekerja di kawasan Bukit Berangan dan Kuala Balah, Kelantan teringat pula saya akan kampung rakan lama saya ini. Lalu saya telefon Tn Hj Alias untuk menanyakan tentang kampungnya seterusnya singgah sebentar untuk mengenali ibubapanya serta merasai pengalaman hidup di kampung walaupun hanya sebentar.

Koordinat : E05.545914°, N101.887159°

Ternyata permintaan saya mendapat respon yang baik dari Tn Hj Alias dan ibubapanya. Kami dijemput untuk singgah ke rumah ibubapanya. Kami sampai pada pukul lebih kurang 3 petang disambut dengan kesibukan ayah Tn Hj Alias (Tn Hj Ahmad) mengupah orang untuk mengambil buah dokong, langsat dan duku. Usai solat Zohor di surau sebelah rumahnya, saya terus ke belakang rumah untuk melihat cara-cara mengambil buah.

Dari pemerhatian saya, nampaknya tiada cara lain untuk mengambil buah melainkan dengan memanjat pokok. Sebuah bakul diberikan kepada pemanjat untuk diisi buah seterusnya dibawa turun menggunakan tali setelah penuh. Hasilnya 4 bakul penuh dengan pelbagai buah dapat dipetik pada petang itu.

Pemanjat sedang mengambil buah dokong



Yang menariknya, terdapat sebatang anak sungai mengalir laju melalui tanah keluarga Tn Hj Ahmad ini. Airnya sungguh sejuk jernih separas lutut sungguh sesuai untuk berendam di musim panas. Kalau tiada tugas selepas itu, pasti saya dah berendam!!
Hasil tuaian
Bersama Tn Hj Ahmad yang sungguh peramah dan pemurah. Sempat juga berceloteh bersamanya sambil dijamu dengan air Milo dan kiuh.


Di belakang rumah. Tengah mengumpul buah


Alhamdulillah, kami dibekalkan dengan sebakul penuh buah dokong, duku dan langsat disamping betik dan rambutan yang sangat fresh. Maklumlah, baru dipetik....

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Alias di atas kemurahan hatinya kerana memberi kesempatan kepada saya untuk merasai kehidupan kampung dan pengalaman melihat proses mengambil buah langsat. Semoga umurnya dan keluarga diberkati Allah. Amiin.... Pengalaman singkat ini banyak memberi pengetahuan kepada saya.


Taman Negara Kuala Koh (Kuala Koh National Park), Kelantan

14 Oktober 2010. Ini adalah pengalaman yang paling menarik sepanjang perantauan kami ke Kelantan. Kami ditugaskan untuk melakukan site survey untuk site Kuala Koh oleh Celcom. Perjalanan dari Gua Musang melalui Felda Aring (sejauh lebih kurang 80km) seterusnya belok ke Kuala Koh dan melalui laluan selorong sepanjang 16km untuk sampai ke sini.

Pada masa itu kami agak cuak memandangkan pada masa itu sudah pukul 5pm lebih dan dari informasi yang kami dapat dari Polis yang membuat sekatan, Taman Negara Kuala Koh mempunyai masa melawat. Jika lambat, alamat tak dapat masuk lah. Laluan 16km itu agak menyeksakan kerana berbelok-belok di dalam kawasan ladang sawit.

Alhamdulillah, apabila sampai, kami dapati kawasan kompleks sungguh indah dan besar sekali. Mempunyai balai melapor diri (kena bayar RM1 seorang), kafetaria, chalet, asrama (untuk berkumpulan) serta kawasan untuk berkhemah. Sungguh mengagumkan untuk sebuah tempat yang terletak di dalam hutan.

Taman Negara Kuala Koh adalah pintu masuk ke Taman Negara dari Kelantan. tiada jalan lain kalau hendak ke sini. Kebanyakan pelawat yang datang adalah untuk memancing kelah. Bot dengan pemandu boleh disewa.

Koordinat : E04.87073°, N102.44066°

Kafetaria



Laluan Jungle Trekking


Pemandangan Sungai Lebir


Jambatan gantung



Asrama yang boleh memuatkan 74 orang


Tapak Perkhemahan


Chalet yang kami duduki


Tengah buat kerja di kafetaria


Pemandangan keseluruhan kawasan jalan masuk, kaunter pendaftaran dan kafetaria.



Tempat Pencerapan Anak Bulan - Bukit Tembeling

Tempat Mencerap Anak Bulan Bukit Tembeling

Pada 14 Oktober 2010 yang lalu kami berkesempatan melawat tempat mencerap anak bulan di Bukit Tembeling, Kelantan. Kebetulan site Celcom yang kami buat kerja terletak bersebelahan dengan tempat mencerap.

Pemandangan dari atas bukit itu sugguh menarik. Walaupun kami tidak tahu bagaimana cara mencerap, tapi dari binaan di atas bukit itu dapatlah kami bayangkan keadaannya semasa proses mencerap dilakukan. Terdapat tempat mengambil wudhu', pondok solat serta pondok mencerap di kawasan kompleks mencerap.

Gambar-gambar yang diambil ini adalah pada pukul 10am - 10.30am. Keadaan sekitar masih berkabus.

Koordinat GPS : E 05.2575°, N102.27°

Pemandangan yang sungguh indah...









Pondok mencerap





Tempat mengambil wudhu'


Pondok Solat

Signboard dari jalan besar

Hotel Di Jeli - Ayna Guest House

Ada hotel di Bandar Jeli? Itu soalan yang biasa di dengar. Tetapi sekarang ni ia telah benar-benar ada. Namanya "Ayna Guest House".

Pada 10 Oktober 2010 yang lalu, kami kebetulan hendak mencari tempat tidur di kawasan Jeli kerana esoknya kami ada kerja di kawasan Tasik Pergau. Pekan Jeli adalah pekan terhampir dengan Tasik Pergau. Kami bertanya kepada dua orang brader yang duduk-duduk di kedai berhampiran. Terus ditunjukkan kepada kami satu-satunya hotel di Pekan Jeli ini.

Dari rupa, kelihatan hotel ini baru dibuka. Paling lama pun setahun. Tapi saya tak tanya pula bila tarikh sebenarnya. Keadaan biliknya agak sempit tetapi selesa. Maklumlah, hotel di bangunan teres dua tingkat - lot tengah pulak tu! Walau bagaimana pun, untuk menginap sehari dua tidak menjadi masalah.
Kami menyewa dua bilik yang bersambung dengan sekeping pintu. Kami perlukan bilik yang agak luas kerana untuk memudahkan kami membuat kerja-kerja menyiapkan laporan di sebelah malam. Harga untuk sebilik (Bilik No 1) adalah RM50 dengan katil queen size dan tambahan RM20 untuk bilik No 2 dengan katil single yang disambungkan. Wah! lebih besar dari king size jadinya!. Jadi, jumlah bayaran adalah RM70 semalam.

Bilik No1 dilengkapi tandas dan aircond tetapi Bilik No 2 hanya almari dan kipas. Jadi, kami buka pintu tengah tu untuk mendapat aircond bagi kedua-dua bilik. Sebenarnya di hotel ini juga terdapat tandas sharing di luar.

TV dan peti ais hanya terdapat di satu ruang di bahagian hadapan hotel. Ia untuk dikongsi semua penyewa. Untuk menyewa, anda perlu pergi ke tingkat bawah (kedai komputer) untuk mendaftar.

Koordinat GPS : N5.69226°, E101.84755°



Bilik No 1



Bilik No 2




Ruang TV dan Peti Ais


Secara keseluruhannya, Ayna Guest House telah menepati "Fardhu Kifayah" untuk menyediakan tempat penginapan untuk musafir yang selesa dengan harga yang berpatutan. Hotel lain yang terhampir khabarnya terletak berdekatan MRSM Jeli kira-kira 17km jauhnya dari Pekan Jeli. Kami tidak teragak-agak untuk tinggal di sini memandangkan kami tidak mahu bersusah payah memandu ke hotel lain yang belum tentu dapat selesa seperti ini.

Wednesday 6 October 2010

Muadzam Shah Hotel, Pahang -- Wawa Inn

Isnin - Rabu (4hb - 6hb Oktober 2010) lepas, saya dan Isriadi ke Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Memandangkan ini buat pertama kali kami ke sana (kerana urusan kerja), kami membuat sedikit penyelidikan di google untuk mendapatkan kedudukan/peta, laluan jalan dan tempat penginapan di sana.

Muadzam Shah Hotel
Dari internet, tidak banyak info yg boleh diperolehi tentang tempat tinggal seperti hotel di Muadzam Shah. Hanya satu tempat sahaja didapati iaitu Wawa Inn. Itupun tiada laman web untuk mempromosi kawasan penginapan tersebut.
Walau bagaimana pun, kami tetap membuat tempahan untuk memastikan tempat tidur sepanjang kami disana. Bagi yang bercadang hendak tidur di Muadzam Shah, anda dinasihatkan agar membuat tempahan awal kerana tempat tinggal sangat terhad.
Wawa Inn pada saya agak menarik untuk didiami kerana ia menawarkan harga bilik yang sangat berpatutan iaitu RM80 dan RM100 sahaja. Kami mengambil keputusan untuk memilih bilik RM80 kerana biliknya agak luas untuk kami berdua. Di Wawa Inn terdapat kemudahan asas seperti restoran Wawa 2020 beserta WiFi, tempat letak kereta yang mencukupi, sarapan percuma, landskap yang menarik serta bentuk bangunan yang agak menarik perhatian saya. Celcom Broadband juga boleh didapati kerana tempat ini berhampiran dengan Stesen Pemancar Celcom.
Masakan di restoran juga dalam kategori sedap juga dan berbaloi. Suasana di awal pagi juga sangat menarik. Pada pukul 7.30 pagi masih berkabus di sekitar Muadzam Shah. Trafik juga tiada masalah.
GPS coordinate Wawa Inn : 03.06005N 103.08178E


Pemandangan di waktu pagi

Bilik RM80 (kiri) dan Bilik RM100 (Kanan)


Keadaan Bilik RM80




Restoran Wawa 2020 juga ada bilik makan berhawa dingin (tiada gambar)


Pendek kata, Wawa Inn sangat sesuai untuk didiami oleh golongan bekerja jangka pendek dan mempunyai kemudahan yang berpatutan dan selesa. Saya pasti akan tinggal di sini lagi jika datang ke Wawa Inn.


Search tag : Wawa Inn, Pahang budget hotel, Pahang hotel, Muadzam Shah budget hotel, muadzam shah hotel, hotel murah di Muadzam Shah