Pada 10 Oktober 2010 yang lalu, kami kebetulan hendak mencari tempat tidur di kawasan Jeli kerana esoknya kami ada kerja di kawasan Tasik Pergau. Pekan Jeli adalah pekan terhampir dengan Tasik Pergau. Kami bertanya kepada dua orang brader yang duduk-duduk di kedai berhampiran. Terus ditunjukkan kepada kami satu-satunya hotel di Pekan Jeli ini.
Dari rupa, kelihatan hotel ini baru dibuka. Paling lama pun setahun. Tapi saya tak tanya pula bila tarikh sebenarnya. Keadaan biliknya agak sempit tetapi selesa. Maklumlah, hotel di bangunan teres dua tingkat - lot tengah pulak tu! Walau bagaimana pun, untuk menginap sehari dua tidak menjadi masalah.
Kami menyewa dua bilik yang bersambung dengan sekeping pintu. Kami perlukan bilik yang agak luas kerana untuk memudahkan kami membuat kerja-kerja menyiapkan laporan di sebelah malam. Harga untuk sebilik (Bilik No 1) adalah RM50 dengan katil queen size dan tambahan RM20 untuk bilik No 2 dengan katil single yang disambungkan. Wah! lebih besar dari king size jadinya!. Jadi, jumlah bayaran adalah RM70 semalam.
Bilik No1 dilengkapi tandas dan aircond tetapi Bilik No 2 hanya almari dan kipas. Jadi, kami buka pintu tengah tu untuk mendapat aircond bagi kedua-dua bilik. Sebenarnya di hotel ini juga terdapat tandas sharing di luar.
TV dan peti ais hanya terdapat di satu ruang di bahagian hadapan hotel. Ia untuk dikongsi semua penyewa. Untuk menyewa, anda perlu pergi ke tingkat bawah (kedai komputer) untuk mendaftar.
Koordinat GPS : N5.69226°, E101.84755°
Bilik No 1
Bilik No 2
Secara keseluruhannya, Ayna Guest House telah menepati "Fardhu Kifayah" untuk menyediakan tempat penginapan untuk musafir yang selesa dengan harga yang berpatutan. Hotel lain yang terhampir khabarnya terletak berdekatan MRSM Jeli kira-kira 17km jauhnya dari Pekan Jeli. Kami tidak teragak-agak untuk tinggal di sini memandangkan kami tidak mahu bersusah payah memandu ke hotel lain yang belum tentu dapat selesa seperti ini.
23 comments:
Hi, im interested with the guest house - may i have the number, thanks-
Saya bukanlah berniat nak mempromosi hotel ini. Sekadar menceritakan pengalaman saya.
Walau bagaimanapun, anda boleh layari
http://azemytrading.com/?page_id=29
untuk maklumat lanjut
terima kasih atas komen yang diberi,kerana dengan komen yang anda bagi pihak kami akan cuba menbaiki kekeurangan pada perkhimatan kami..... rsd hotel.
tersilap ejaan lak.... sory
Maaf saudara Anonymous! komen anda saya delete kerana menggunakan perkataan kurang sopan.
Anyway, kepada pengurusan hotel Ayna, sila beri perhatian kepada perkhidmatan kaunter anda kerana ada yang dah marah.
thx for the info. btw, can i have the full address for this place??
Anda boleh layari web
http://azemytrading.com/?page_id=29
dan telefon (ada dinyatakan di akhir page tsb) untuk mendapatkan alamat. Anda juga boleh pergi ke hotel ini berpandukan kepada kordinat GPS yang saya berikan.
Penginapan ni dekat tak dengan Universiti Malaysia Kelantan
maaf, sy x jumpa swbarang maklumat pon di web tu?
Cuba guna google dan search "Ayna Guest House Jeli"
Assalamualaikum.. boleh saya tahu harga penginapan per nite???
Sila hubungi pihak pengurusan hotel.
Salam...saya dah google..dapt info tentang hotel tu tapi tak ada satu pun email, fax, atau telefon yang boleh dihubungi(kalau saya terlepas pandang harap bantu saya)...mcmana nak book kalau saya dari johor nak walk in....lepas tu dah full....
Saya dapat dari alamat di bawah.
http://azemytrading.com/wp/?page_id=7
Sila cuba hubungi sendiri.
Location and PhoneLot 1131 Pusat
Bandar Jeli 17600
Jeli, Kelantan
Fax : 09 944 1031
HP : 019 989 5959
Tel : 09 944 1031
Aslm...adakah menyediakan perkhidmatan boking secara online
Aslm...adakah hotel ini menyediakan perkhidmatan tempahan secara online
Ive called this number, it has changed. The new ones are 0199979030 and 099440042
Terima kasih acid mustafa di atas info terbaru ini. Diharap bakal pelanggan Ayna Guest House dapat menggunakan nombor ini
penginapan ni dekat dengan kampus jeli,umk tak?
Nur Azaqah, sila hubungi pihak hotel untuk kepastian ya.
Tk
Walaweiii abang Acid Mustafa pun bagi info nya di sini ! Untuk pengetahuan bersama, abang Acid tu adalah seorang pengembara dunia permotoran & kembara berbasikal ...
Oh! Ye ke?
Ya laaahhh....
Post a Comment
Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini