Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Thursday, 7 January 2021

Pusat Perubatan Tradisional Kronik Untuk Batu Karang, Melaka

 

Pusat Perubatan Tradisional Kronik Untuk Batu Karang

Tuan Haji Jamil, Kampung Gangsa, 76100 Durian Tunggal, Melaka. 

Koordinat 2.288554, 102.260584






Tentu ramai yang tiba-tiba mengalami kesakitan di kawasan perut samada di sebelah kiri atau kanan. Kekadang, rasa sensasi sakit itu bermula dari rasa kurang selesa dan semakin lama semakin kuat. Tahap kesakitan tersebut bergantung kepada tahap keseriusan dan saiz batu karang.





Saya percaya ramai juga yang pernah mendengar atau mendapat info mengenai pusat perubatan alternatif untuk penyakit batu karang ini yang terletak di Melaka. Tapi belum pernah ke sana. Malah, agak sukar untuk mengetahui mengenai cara-cara untuk mendapatkan rawatannya memandangkan tiada ditulis di mana-mana sekitar pusat rawatan tersebut.

Berikut saya huraikan mengenai lokasi, cara hendak ke sana dan langkah-langkah (proses) yang perlu dilalui sebelum mendapatkan rawatan

Rawatan ini dilakukan oleh Tn Hj Jamil (berusia sekitar 60 tahun)

Pusat rawatan ini bertempat di kawasan kediaman Tn Hj Jamil sendiri.


LOKASI

Pusat Rawatan Batu Karang ini terletak di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka. Sila gunakan koordinat yang saya beri di bawah ini untuk mendapatkan arah yang lebih tepat dan mudah kerana Google Maps tidak memetakan jalan di dalam kawasan kampung tersebut dengan terperinci. Jika menggunakan Waze atau Maps tanpa memasukkan koordinat tersebut, anda akan dibawa ke taman sebelah.

2.288554, 102.260584

Setelah sampai ke destinasi, anda akan sampai di simpang tiga. Sila letak (parking) kenderaan anda di kawasan berhampiran kerana lorongnya semakin kecil. Akan menyukarkan anda untuk patah balik. Di simpang tiga tersebut, sila ambil lorong paling kiri sekali. Rujuk gambar di bawah




Berjalan kaki adalah cara terbaik untuk ke lokasi dan sangat dekat dari simpang tiga tersebut. Setelah berjalan kira-kira 50 meter, anda akan sampai ke lokasi. Tiada sebarang papan tanda di situ. Sila rujuk kepada gambar di bawah untuk mengecam lokasi

 


Salah satu ‘landmark’ pusat rawatan tersebut adalah akuarium besar

 


Kemudian, anda akan nampak papan info waktu operasi di kawasan kaki lima. Sebelah kanannya adalah kaunter untuk membeli air penawar dan lain-lain barangan.

 



HARI DAN WAKTU RAWATAN

SELASA

RABU

SABTU

AHAD

6 pagi (selepas solat subuh) hingga selesai 90 nombor giliran

 

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

Jika ada sebarang soalan, anda boleh hubungi PUAN NORAIN 013-666 8825. Hanya Whatsapp akan dilayan. Panggilan akan direject!

 

CARA-CARA YANG PERLU DILALUI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN

1.       7pm sehari sebelum – tulis nama untuk mendapatkan nombor giliran.

Sebaiknya anda perlu datang sehari sebelum rawatan (kira-kira pukul 7pm) untuk menulis nama anda di sehelai borang untuk mendapatkan nombor giliran pada pagi esoknya. Agak pelik sedikit, tetapi saya percaya tujuannya adalah untuk mengelakkan kesesakan pada hari rawatan. Borang tersebut hanya akan diletakkan di kaunter pada pukul 7pm sehari sebelum hari rawatan.

Anda boleh juga menulis nama anda pada hari rawatan. Tapi tidak dijamin akan mendapatkan rawatan jika borang telah penuh. Jadi, untuk memastikan anda mendapat peluang rawatan, lebih baik tulis nama anda pada 7pm sehari sebelum rawatan



2.       Datang sebelum 6 pagi pada hari rawatan

Jika anda telah menulis nama di borang sehari sebelum rawatan, anda perlu sampai ke sana sebelum 6 pagi. Pada kira-kira 6 pagi, nama anda akan dipanggil untuk diberikan nombor giliran. Pastikan anda ada sewaktu nama anda dipanggil.

Kemudahan surau ada disediakan. Sila ambil wudhu’ sebelum sampai kerana tiada tempat ambil wudhu’ disediakan.

 


3.  Jika nombor giliran anda adalah 1 hingga 5, sila selesaikan rawatan sebelum solat Subuh. Jika nombor anda 6 ke atas, bolehlah solat Subuh dengan pantas!! Proses rawatan adalah sekejap sahaja. Kira-kira 5 minit seorang.

Satu nombor adalah untuk 3 orang. Jika anda datang bertiga, bolehlah menggunakan satu nombor.

4. Proses Rawatan

Sila rujuk kepada video Youtube di bawah untuk memahami cara rawatan

Pusat Rawatan Batu Karang




5. Bayaran

Tiada fee tertentu ditetapkan. Ada sebuah bekas disediakan di atas meja Tn Hj Jamil. Anda boleh meletakkan bayaran seikhlas hati di dalam bekas tersebut

Untuk air penawar dan lain-lain bahan, anda perlu BELI di kaunter



6. Kemudahan Homestay

Ada sebuah homestay yang terletak berhampiran dengan Pusat Rawatan Tradisional Kronik Untuk Batu Karang ini. Hanya berjalan kaki untuk sampai.

D’Seri Homestay 019-574 8556 & 019-265 8556






Bolehlah jika nak berehat sementara di situ

 

SEKIAN. Semoga info ini dapat membantu memudahkan anda mendapatkan rawatan.

 

 




Thursday, 3 December 2020

GAMBIR SIREH

 

GAMBIR SIREH - Bagaimana Rupa dia?




Gambir sireh adalah antara benda yang hampir pupus di negara kita. Orang dulu-dulu suka makan sireh. Dalam acara keramaian pun ada disediakan sireh untuk dijamah. Namun, dizaman milenium ni, Gambir dan sireh semakin dilupakan. Orang sekarang tak suka makan sireh. Mungkin sebab rasanya yang agak kelat. Tak ada ciri-ciri komersial! Hahahahaa…….

Gambir masih digunakan di Indonesia sebagai luka bakar, ubat sakit kepala, ubat diarea, ubat disentri, ubat kumur-kumur, ubat sariawan, ubat sakit kulit, penyamak kulit, bahan pewarna tekstil dan astragensia.

Gambir juga digunakan menjadi bahan perekat kayu lapis dan papan partikel. Setelah itu, kayu lapis tadi dinilai bermutu tinggi. Gambir mempunyai nilai tambah setelah dikilang menjadi bentuk biskut dan tepung gambir dan mudah dieksport ke seluruh dunia. Negara India memerlukan 6000 tan gambir setahun.

Gambir adalah ekstrak air panas dari daun dan ranting pokok gambir yang disedimentasikan dan kemudian dicetak dan dikeringkan. Potensi pengembangannya cukup besar, bila dilihat dari potensi produksi, pemasaran pada pasar domestik dan eksport.



Semalam jenuh mencari Gambir ni untuk tujuan perubatan. Dah lah tak berapa kenal sebab dah lama sangat tak tengok. Mula-mula cuba cari di kedai mamak, puas mamak tu selongkar kedainya mencari Gambir ni. Namun hampa. Adeh!

Saya cuba cari di kedai Acheh. Rupa-rupanya orang Acheh tak kenal Gambir. Mungkin mereka panggil dengan nama lain kot. Saya ada cakap makan Gambir dengan sireh. Mereka masih tak kenal. Adoi…

Cuba juga cari di kedai mamak lain. Katanya tak ada stok. Dia suruh cari di kedai Myanmar pulak. Orang Myanmar pun tak makan Gambir. Mereka makan Sireh dengan biji Pinang dan kapur saja. Hmmmm…..

Akhirnya teringat satu kedai India kat rumah saya. Pergi sana pulak. Tokey dia jenuh mencari Gambir ni. Tak jumpa. Nasib baik pekerja dia orang Jawa ingat lokasi Gambir di para barangan rempah. Alhamdulillah. Dapat juga setelah puas mencari 





Rupa dia berbentuk silinder yang dikerat (sila rujuk gambar). Ada belang di tengah. Kenapa? Jangan tanya saya. Saya pun tak tahu.

Harganya murah aje. Seketul RM2.80. Kalau pandai bodek, boleh dapat diskaun.

Keras macam kayu tapi ringan. Gambir yang mengeluarkan warna merah bila dimakan. Tak ada Gambir, tak ‘kick’ lah sebab tak jadi merah! Gambir juga ada rasa tersendiri yang menyedapkan rasa sireh buat si pemakannya.


Kini, lebih ramai mencari Gambir Sarawak berbanding Gambir sireh. Kenapa? Hahahahaaaa…… cari sendiri sebabnya. Kegunaannya berbeza. Gambir Sarawak tak boleh dimakan bersama sireh sebab ia menyebabkan rasa kebas. Macam bius gitu. Dah faham sebabnya?



P/S – gambar pokok tu saya ambil dari Wikipedia

 

Wednesday, 21 August 2013

Sejarah Televisyen (TV) - Bermula Dari Tahun 1900

Artikel ini dipetik dari http://silverheritage.blogspot.com/2013_07_01_archive.html

Pengenalan Televisyen

Televisyen berasal dari dua kata yang berbeza asalnya iaitu tele (Bahasa Yunani) yang bererti jauh dan visi (Videre - Bahasa Latin) yang bererti penglihatan. Televisyen, kata asalnya television (Bahasa Inggeris) bermaksud melihat jauh. Melihat jauh dalam konteks pemahaman ini disamakan dengan gambar dan suara yang diterbitkan di suatu tempat (Studio Televisyen) dapat dilihat dari tempat lain menerusi sebuah alat penerima (peti TV).

Istilah television sebenarnya baharu dicetuskan pada 25 Ogos, 1900 di Kota Paris, Perancis, semasa satu pertemuan para ahli bidang elektronik dari beberapa negara diadakan di situ.





Perkembangan Televisyen

Perkembangan bidang teknologi elektronik dunia memperlihatkan beberapa kemajuan awal sejak abad ke-19 hinggalah ke abad ini. Siaran radio yang mendahului kemunculan televisyen dalam bidang itu telah dirintiskan oleh seorang ahli elektronik bernama Dane. Dalam tahun 1802, beliau telah menemukan bahawa 'pesan' dapat dikirim melalui kawat beraliran elektrik dalam jarak pendek dalam satu eksperimennya yang sederhana. Penemuan itu kemudian diperkembangkan pula oleh James Maxwell, Heinrich Bertz dan Guglemo Marconi.

Maxwell, ahli geografi Inggeris, berjaya menemukan rumus-rumus yang dipercayai dapat mewujudkan gelombang elektromagnet iaitu gelombang yang digunakan untuk radio dan tv pada tahun 1865. Beliau berpendapat gerakan magnetik dapat menerusi ruang angkasa secara bergelombang dengan kecepatan 186 000 batu per saat selari dengan kecepatan cahaya.





Teorinya didapati benar dan Maxwell dikenali sebagai "Scientific Father Of Wireless" (Bapa Saintifik Wayarles).



Pada tahun 1884, Hertz juga mendapati teori Maxwell benar dan pada tahun 1895, Marconi mempraktikkan teori itu. Pada tahun 1896 Marconi berjaya mengesan bunyi tanpa kawat dan pada tahun 1901, dia berjaya pula mengembangkannya dengan jarak melintasi Lautan Atlantik.


Pada tahun 1906, Dr. Lee de Forest dari Amerika Syarikat telah mengembangkan penemuan Marconi dan menciptakan tiub vakum yang memungkinkan suara dapat dipancarkan. Siaran radio pada awalnya telah oleh David Sarnoff (1915) dan seterusnya siaran radio itu berkembang seperti sekarang ini.


Berasaskan penemuan Dane (1802), muncul berbagai perkembangan dalam bidang komunikasi dengan inovasi terbaharu. Antaranya termasuklah telegraf, telefon, gelombang elektromagnet, radio perhubungan, radio siaran dan juga televisyen pada abad ke-20.

Kita harus menghargai sumbangan yang telah dimainkan oleh beberapa orang ahli sains yang telah berjaya melakukan penelitian untuk mewujudkan 'gagasan' pemindahan gambar dari satu tempat ke tempat lain menerusi menerusi udara.

Antara mereka ialah Maurice le Blance, Brillouin, Seleneqdan Dussand (di Paris), de Paiva (Lisbon), Heinreich Hertz dan Paul Nipkow (Berlin), Sutton Bidwell, Alexander Bain (London) dan Ferdinand Braun (Strassbueg). Mereka adalah peletak dasar gagasan-gagasan perkembangan TV di masa depan.




Penyelidikan untuk terus meningkatkan teknologi TV dilanjutkan menjelang Perang Dunia Pertama. Dasar TV warna pula telah dicanangkan oleh nama-nama seperti dari Jerman, Max Dickman, Rosing dan Vladimir, dari London ditemui nama Campell Swinton, Di Paris Armengaud, Rignoux dan Fournier dan di Budapest, Denes von Mihaly.


Sewaktu meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua, sejarah telah menyaksikan satu perpindahan golongan penyelidik teknokrat dari Benua Eropah ke Amerika Syarikat. Antara mereke termasuklah Zworykin (Rusia) pada tahun 1918 dan Charles Jenkin dan Farnworth dari Eropah. Kehadiran mereka mendorong perkembangan yang pesat dalam bidang televisyen di negara berkenaan.

 
Dari nama-nama peletak dasar TV di atas, perlu diingati juga akan penemuan Paul Nipkow (1884) iaitu sebuah alat bernama Jantra Nipkow (disebut Nipkow Disk dan Nipkowsheibe), yang melahirkan TV mekanik yang waktu itu bernama Electrische Teleskop.

Televisyen elektronik seperti yang kita miliki sekarang ini sebenarnya berpunca dari perubahan dasar TV mekanik yang mempergunakan teknik penyapuan (scanning device) walhal televisyen elektronik menggunakan teknik penyapuan secara elektrik. Semua ini berlaku hasil kerjasama para ahli elektronik Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 1923.

Paul Nipkow telah diletakkan sebagai perintis pembangunan pertelevisyenan kerana penemuan Jantra Nipkow nya yang mana kemudian menjadi dasar perkembangan pertelevisyenan sampai diketemukannya teknik penyapuan secara elektronik pada tahun 1923. Beliau juga telah dianggap oleh dunia sebagai Bapa televisyen.
 Begitulah serba sedikit mengenai sejarah TV hanya sebagai info asas untuk kita semua. Suatu masa dahulu TV merupakan satu alat yang sungguh dibanggakan bagi mereka yang boleh memilikinya sama seperti telefon bimbit sekarang.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah pergi ke wikipedia 

Thursday, 16 May 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Artikel ini diambil dari sumber
http://silverheritage.blogspot.com/2013/05/tanda-tanda-sakit-di-badan-suatu.html



Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.



3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.




 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:


Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Sunday, 21 April 2013

Balai Polis Bukit Kepong

Pada 17 April 2013 (Rabu) lalu, kami berkesempatan melawat tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong. Menurut sejarah, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh Komunis pada masa darurat dahulu.

Bangunan asal Balai Polis Bukit Kepong telah musnah di dalam kebakaran akibat serangan tersebut. Bagitu jugalah dengan anggota Polis yang bertugas serta kaum keluarga mereka.

Koordinat GPS : 2.3465, 102.8303

Kemudian, bangunan Balai Polis Bukit Kepong telah dibangunkan semula oleh pemerintah serta ditambah dengan tembok batu dan menara kawalan.

Semasa lawatan kami ke Balai Polis Bukit Kepong, keadaan bangunan tersebut sedang dibaik pulih. Jadi, kami tidak berpeluang untuk masuk kedalam. Gambar-gambar hanya boleh diambil dari luar sahaja.

Pemandangan Balai Polis Bukit Kepong dan kawasan sekitarnya

 
 
Gambar Zoom

Zoom lebih lagi.....
 
 
Kelihatan bangunan Balai Polis Bukit Kepong sangat hampir dengan sungai, tidak seperti filem arahan seniman Jins Shamsuddin yang agak jauh.
 
 
 
Selepas selesai tugas kami melakukan site survey site Digi untuk 'Rainbow Project", kami 'melencong' sebentar ke tapak Balai Polis Bukit Kepong. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan melihat-lihat kawasan sekitarnya.
 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil:
 
 
 
 
 


Pandangan dari jalan raya,

 
 
Diharap saya akan dapat peluang ke sini lagi setelah kerja-kerja baik pulih selesai supaya saya boleh kemas kini gambar-gambar ini dengan menambah bahagian dalaman pula. Insya Allah
 
 
 
 
 
 
 
 


Pemandangan Bandar Batu Pahat

Pada 8 April 2013 yang lalu, saya telah ke sebuah bangunan di atas Terminal Bas Ekspres Batu Pahat. Kami ke sana untuk menyelesaikan kerja-kerja site survey untuk Projek "Rainbow" Celcom-Digi.

Bangunan tersebut adalah setinggi 14 tingkat. Gambar diambil adalah dari Tingat 14 dan aras bumbung.

Bagi anda yang berasal dari Batu Pahat, mungkin ini antara gambar-gambar Bandar Batu Pahat yang ingin anda lihat.


Koordinat GPS :  1.85325   102.92643



Inilah bangunan di atas Terminal Bas Ekspres itu.


Nama bangunan tidak dapat dipastikan kerana ketiadaan label ataupun iklan pada bangunan tersebut. Kelihatannya seperti bangunan tinggal.

Di sinilah gambar-gambar selanjutnya diambil.




Gambar di bawah diambil dari Tingkat 14.




Gambar ini pula diambil dari bumbung bangunan. Gambar Panoramik 360 darjah









Monday, 2 April 2012

Hotel Riverview Muar, Johor

Pada 22 Mac 2012 lalu, kami telah bertandang ke Muar, Johor. Menurut rakan sekerja, agak payah untuk mendapat hotel yang selesa bersesuaian dengan harga. Kebanyakannya samada mahal atau murah (cap ayam!). Kalau nak cari hotel standard sederhana memang susah.

Itu kata rakan saya. Setelah berpusing hampir seluruh Bandar Muar, kami telah menjumpai sebuah hotel yang kelihatannya mahal tetapi pada harga yang sungguh tak disangka! Apa tidaknya, bilik untuk 4 orang (dua katil double) berharga RM109 sahaja!. Tanpa berfikir panjang, kami terus setuju memandangkan keadaan lobi hotel yang selesa selalunya mempunyai bilik yang juga selesa.

Jangkaan kami sungguh tepat! biliknya cukup luas untuk 4 orang.

GPS Koordinat : 2.0498, 102.5723



Hotel yang besar dan lobi yang selesa

Seperkara yang ingin saya utarakan, hotel ini mempunyai sekuriti yang bagus. Setiap bilik diberikan sekeping kad kunci. Untuk memasuki kawasan bilik, terdapat satu pintu yang perlu dibuka dengan kad tersebut. Kemudian, pintu bilik juga menggunakan kad tersebut. Sistem keselamatan dua peringkat ini bagus untuk menjaga penginap dari diganggu tetamu tidak diundang.
Keadaan bilik memang diluar jangkaan kami. Biliknya luas dengan katil bersaiz King, TV LCD 32", dua kerusi, meja kecil, dan meja untuk buat kerja.


 Perhatikan lantai 'laminated" membolehkan kita lepak atas lantai

Katil saiz King dengan dua bantal setiap orang dan selimut tebal yang sungguh selesa. Tilam spring nya juga sangat lembut membuatkan saya mudah terlena bila baring...!

 Cermin besar untuk bersolek.

Bilik air dengan bath tub. Kelajuan air juga bagus. (Sorry, termasuk pulak gambar saya...)
Dengan kondisi bilik yang seperti ini, saya tidak teragak-agak mengesyorkan anda untuk tinggal di hotel ini. Anda cuma perlu booking awal untuk mengelakkan penuh kerana hotel ini disukai ramai. Senarai harga bilik ada di bawah:


Saya berani katakan, hotel ini adalah antara hotel bajet terbaik pernah kami duduki sepanjang kami bekerja berkelana.

Oh ya, terdapat juga tempat letak kereta berpagar dengan penjaga di hadapan hotel ini.

Kawasan letak kereta yang cukup luas untuk pelanggan

Kesimpulannya, jika anda berhajat ke Muar, silalah menginap di Hotel Riverview. Pasti anda terpesona dengan keselesaan dan keindahannya...

Search tag : Hotel di Muar, budget hotel in muar, hotel bajet muar, hotel murah di muar, muar hotel, muar budget hotel

Hotel Tasik Utama, Ayer Keroh

20 Mac 2012 lalu, kami berempat pergi ke Ayer Keroh, Melaka kerana esoknya kami kena ambil kunci untuk site Digi di Ayer Keroh Heights (Office Digi). Pada masa itu dah pukul 8 malam, kami mula mencari hotel yang bersesuaian dengan bajet kami. Malangnya, payah sungguh nak cari hotel bajet di Ayer Keroh ni. Kebanyakannya jenis resort yang pastinya beratus-ratus RM sebilik untuk 4 orang.

Perut pun dah bernyanyi. Terjumpa sebuah kedai makan berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia. Kami singgah makan sambil mula bertanya kepada orang keliling. Hasilnya, ada seorang budiman telah memberikan arah sebuah hotel yang katanya baru dua bulan dibuka. Hotel itu berada di kawasan perumahan teres. Ada dua baris kedai dua tingkat di Taman Tasik Utama.

Selesai makan, kami pun terus pergi ke hotel tersebut berpandukan arah yang diberi. Agak mudah mencarinya. Sesampai saja di hotel, memang kami dapati hotel itu masih baru kerana nampak kawasan lobinya masih kosong tanpa hiasan.

Koordinat GPS : 2.27498° 102.28438°



Hotel ini cukup selesa sebagai hotel bajet. Ini adalah kerana susun atur bilik dan hiasannya simple tetapi sesuai. Tempat parking kereta juga tidak menjadi masalah kerana tidak banyak kereta.




Suasana di waktu pagi 7.30am



Pelan Lantai

Senarai harga bilik. Maksima 3 orang sebilik

Oleh kerana tiada bilik yang boleh menampung 4 orang, kami membuat keputusan untuk mengambil 2 bilik untuk 2 orang. Apabila dicampurkan harga kedua-dua bilik tersebut, baru RM124. Biliknya tidak luas tetapi selesa untuk 2 orang.



Susunatur tandas yang simple. Air shower berkelajuan sederhana, cukup untuk mandi

 TV 14", meja kecil untuk buat kerja/ bersolek dan tempat menyakut baju.


Terdapat Wifi percuma dan air botol 500ml percuma. Terdapat juga kawasan untuk menggosok baju dan pantry.


Perhatikan Wifi AP berdekatan siling

 Secara keseluruhannya, hotel ini amat sesuai untuk orang yang berhajat untuk tinggal dalam jangka pendek. Kebersihannya terjaga dan penjaga kaunternya juga 'friendly'. Saya sangat menganjurkan anda untuk tinggal di hotel ini.


KEMASKINI 02 JANUARI 2017

Saya berkesempatan untuk datang semula ke hotel ini.

Keadaannya masih sama. Tapi harganya telah dinaikkan sejak tahun 2014 lagi. Berikut adalah senarai harga terbaru Hotel Tasik Utama



Sekian, Terima kasih!

Search tag : hotel air keroh, air keroh budget hotel, melaka budget hotel, hotel murah di melaka, melaka hotel murah