Itu kata rakan saya. Setelah berpusing hampir seluruh Bandar Muar, kami telah menjumpai sebuah hotel yang kelihatannya mahal tetapi pada harga yang sungguh tak disangka! Apa tidaknya, bilik untuk 4 orang (dua katil double) berharga RM109 sahaja!. Tanpa berfikir panjang, kami terus setuju memandangkan keadaan lobi hotel yang selesa selalunya mempunyai bilik yang juga selesa.
Jangkaan kami sungguh tepat! biliknya cukup luas untuk 4 orang.
GPS Koordinat : 2.0498, 102.5723
Hotel yang besar dan lobi yang selesa
Seperkara yang ingin saya utarakan, hotel ini mempunyai sekuriti yang bagus. Setiap bilik diberikan sekeping kad kunci. Untuk memasuki kawasan bilik, terdapat satu pintu yang perlu dibuka dengan kad tersebut. Kemudian, pintu bilik juga menggunakan kad tersebut. Sistem keselamatan dua peringkat ini bagus untuk menjaga penginap dari diganggu tetamu tidak diundang.
Keadaan bilik memang diluar jangkaan kami. Biliknya luas dengan katil bersaiz King, TV LCD 32", dua kerusi, meja kecil, dan meja untuk buat kerja.
Perhatikan lantai 'laminated" membolehkan kita lepak atas lantai
Katil saiz King dengan dua bantal setiap orang dan selimut tebal yang sungguh selesa. Tilam spring nya juga sangat lembut membuatkan saya mudah terlena bila baring...!
Cermin besar untuk bersolek.
Bilik air dengan bath tub. Kelajuan air juga bagus. (Sorry, termasuk pulak gambar saya...)
Dengan kondisi bilik yang seperti ini, saya tidak teragak-agak mengesyorkan anda untuk tinggal di hotel ini. Anda cuma perlu booking awal untuk mengelakkan penuh kerana hotel ini disukai ramai. Senarai harga bilik ada di bawah:
Oh ya, terdapat juga tempat letak kereta berpagar dengan penjaga di hadapan hotel ini.
Kawasan letak kereta yang cukup luas untuk pelanggan
Kesimpulannya, jika anda berhajat ke Muar, silalah menginap di Hotel Riverview. Pasti anda terpesona dengan keselesaan dan keindahannya...
Search tag : Hotel di Muar, budget hotel in muar, hotel bajet muar, hotel murah di muar, muar hotel, muar budget hotel
No comments:
Post a Comment
Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini