GAMBIR SIREH - Bagaimana Rupa dia?
Gambir masih digunakan di Indonesia sebagai luka bakar, ubat
sakit kepala, ubat diarea, ubat disentri, ubat kumur-kumur, ubat sariawan, ubat
sakit kulit, penyamak kulit, bahan pewarna tekstil dan astragensia.
Gambir juga digunakan menjadi bahan perekat kayu lapis dan
papan partikel. Setelah itu, kayu lapis tadi dinilai bermutu tinggi. Gambir
mempunyai nilai tambah setelah dikilang menjadi bentuk biskut dan tepung gambir
dan mudah dieksport ke seluruh dunia. Negara India memerlukan 6000 tan gambir
setahun.
Gambir adalah ekstrak air panas dari daun dan ranting pokok
gambir yang disedimentasikan dan kemudian dicetak dan dikeringkan. Potensi
pengembangannya cukup besar, bila dilihat dari potensi produksi, pemasaran pada
pasar domestik dan eksport.
Semalam jenuh mencari Gambir ni untuk tujuan perubatan. Dah
lah tak berapa kenal sebab dah lama sangat tak tengok. Mula-mula cuba cari di
kedai mamak, puas mamak tu selongkar kedainya mencari Gambir ni. Namun hampa.
Adeh!
Saya cuba cari di kedai Acheh. Rupa-rupanya orang Acheh tak
kenal Gambir. Mungkin mereka panggil dengan nama lain kot. Saya ada cakap makan
Gambir dengan sireh. Mereka masih tak kenal. Adoi…
Cuba juga cari di kedai mamak lain. Katanya tak ada stok.
Dia suruh cari di kedai Myanmar pulak. Orang Myanmar pun tak makan Gambir.
Mereka makan Sireh dengan biji Pinang dan kapur saja. Hmmmm…..
Akhirnya teringat satu kedai India kat rumah saya. Pergi sana pulak. Tokey dia jenuh mencari Gambir ni. Tak jumpa. Nasib baik pekerja dia orang Jawa ingat lokasi Gambir di para barangan rempah. Alhamdulillah. Dapat juga setelah puas mencari
Rupa dia berbentuk silinder yang dikerat (sila rujuk gambar). Ada belang di tengah. Kenapa? Jangan tanya saya. Saya pun tak tahu.
Harganya murah aje. Seketul RM2.80. Kalau pandai bodek, boleh dapat diskaun.
Keras macam kayu tapi ringan. Gambir yang mengeluarkan warna merah bila dimakan. Tak ada Gambir, tak ‘kick’ lah sebab tak jadi merah! Gambir juga ada rasa tersendiri yang menyedapkan rasa sireh buat si pemakannya.
Kini, lebih ramai mencari Gambir Sarawak berbanding Gambir
sireh. Kenapa? Hahahahaaaa…… cari sendiri sebabnya. Kegunaannya berbeza. Gambir
Sarawak tak boleh dimakan bersama sireh sebab ia menyebabkan rasa kebas. Macam
bius gitu. Dah faham sebabnya?
P/S – gambar pokok tu saya ambil dari Wikipedia
No comments:
Post a Comment
Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini