Pusat
Perubatan Tradisional Kronik Untuk Batu Karang
Koordinat 2.288554, 102.260584
Tentu ramai yang tiba-tiba mengalami kesakitan di kawasan perut samada di sebelah kiri atau kanan. Kekadang, rasa sensasi sakit itu bermula dari rasa kurang selesa dan semakin lama semakin kuat. Tahap kesakitan tersebut bergantung kepada tahap keseriusan dan saiz batu karang.
Saya percaya ramai juga yang pernah mendengar atau mendapat info mengenai pusat perubatan alternatif untuk penyakit batu karang ini yang terletak di Melaka. Tapi belum pernah ke sana. Malah, agak sukar untuk mengetahui mengenai cara-cara untuk mendapatkan rawatannya memandangkan tiada ditulis di mana-mana sekitar pusat rawatan tersebut.
Berikut saya huraikan mengenai lokasi, cara hendak ke sana dan langkah-langkah (proses) yang perlu dilalui sebelum mendapatkan rawatan
Rawatan ini dilakukan oleh Tn Hj Jamil (berusia sekitar 60 tahun)
Pusat rawatan ini bertempat di kawasan kediaman Tn Hj Jamil sendiri.
LOKASI
Pusat Rawatan Batu Karang ini terletak di Kampung Gangsa, Durian Tunggal,
Melaka. Sila gunakan koordinat yang saya beri di bawah ini untuk mendapatkan
arah yang lebih tepat dan mudah kerana Google Maps tidak memetakan jalan di
dalam kawasan kampung tersebut dengan terperinci. Jika menggunakan Waze atau
Maps tanpa memasukkan koordinat tersebut, anda akan dibawa ke taman sebelah.
2.288554, 102.260584
Setelah sampai ke destinasi, anda akan sampai di simpang tiga. Sila letak (parking) kenderaan anda di kawasan berhampiran kerana lorongnya semakin kecil. Akan menyukarkan anda untuk patah balik. Di simpang tiga tersebut, sila ambil lorong paling kiri sekali. Rujuk gambar di bawah
Berjalan kaki adalah cara terbaik untuk ke lokasi dan sangat dekat dari simpang tiga tersebut. Setelah berjalan kira-kira 50 meter, anda akan sampai ke lokasi. Tiada sebarang papan tanda di situ. Sila rujuk kepada gambar di bawah untuk mengecam lokasi
Salah satu ‘landmark’ pusat rawatan tersebut adalah akuarium besar
Kemudian, anda akan nampak papan info waktu operasi di kawasan kaki lima. Sebelah kanannya adalah kaunter untuk membeli air penawar dan lain-lain barangan.
HARI DAN WAKTU RAWATAN
SELASA
RABU
SABTU
AHAD
6 pagi (selepas solat subuh) hingga selesai 90 nombor giliran
NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI
Jika ada sebarang soalan, anda boleh hubungi PUAN NORAIN 013-666
8825. Hanya Whatsapp akan dilayan. Panggilan akan direject!
CARA-CARA YANG PERLU DILALUI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN
1.
7pm sehari sebelum – tulis nama untuk
mendapatkan nombor giliran.
Sebaiknya anda perlu datang sehari sebelum rawatan (kira-kira pukul 7pm)
untuk menulis nama anda di sehelai borang untuk mendapatkan nombor giliran pada
pagi esoknya. Agak pelik sedikit, tetapi saya percaya tujuannya adalah untuk
mengelakkan kesesakan pada hari rawatan. Borang tersebut hanya akan diletakkan
di kaunter pada pukul 7pm sehari sebelum hari rawatan.
Anda boleh juga menulis nama anda pada hari rawatan. Tapi tidak
dijamin akan mendapatkan rawatan jika borang telah penuh. Jadi, untuk
memastikan anda mendapat peluang rawatan, lebih baik tulis nama anda pada 7pm
sehari sebelum rawatan
2.
Datang sebelum 6 pagi pada hari rawatan
Jika anda telah menulis nama di borang sehari sebelum rawatan,
anda perlu sampai ke sana sebelum 6 pagi. Pada kira-kira 6 pagi, nama anda akan
dipanggil untuk diberikan nombor giliran. Pastikan anda ada sewaktu nama anda
dipanggil.
Kemudahan surau ada disediakan. Sila ambil wudhu’ sebelum sampai kerana tiada
tempat ambil wudhu’ disediakan.
3. Jika nombor giliran anda adalah 1 hingga 5,
sila selesaikan rawatan sebelum solat Subuh. Jika nombor anda 6 ke atas, bolehlah
solat Subuh dengan pantas!! Proses rawatan adalah sekejap sahaja. Kira-kira 5
minit seorang.
Satu nombor adalah untuk 3 orang. Jika anda datang bertiga, bolehlah
menggunakan satu nombor.
4. Proses Rawatan
Sila rujuk kepada video Youtube di bawah untuk memahami cara rawatan
5. Bayaran
Tiada fee tertentu ditetapkan. Ada sebuah bekas disediakan di atas meja Tn Hj Jamil. Anda boleh meletakkan bayaran seikhlas hati di dalam bekas tersebut
Untuk air penawar dan lain-lain bahan, anda perlu BELI di kaunter
6. Kemudahan Homestay
Ada sebuah homestay yang terletak berhampiran dengan Pusat Rawatan Tradisional
Kronik Untuk Batu Karang ini. Hanya berjalan kaki untuk sampai.
D’Seri Homestay 019-574 8556 & 019-265 8556
Bolehlah jika nak berehat sementara di situ
SEKIAN. Semoga info ini dapat membantu memudahkan anda mendapatkan
rawatan.
23 comments:
Perlu buat temu janji ke sebelum datang?
camna lepas buat rawatan ada perbezaan
Assalamualaikum.. Sy nak tanya makcik sy ade batu karang dalam hempedu boleh rawat ke?
Aslam..saya call kat tempat perubatan tu tak angkat..pakcik saya nak dtg sana dari kelang..
As salam tuan..rawatan batu karang masih dbuat ke
Kak.. Kan penulis dh tulis tu call tak akan dilayan. Wasap je. Lain kali baca betul²
masih perlu buat temujanji ke
Assalamualaikum semua. Jika sesiapa yg dah sampai ke entry blog ni, sy nk mklum, pusat rawatan dah berubah tempat ye. Tempatnya x jauh dr rumah Haji Jamil. Pusat rawatan di lot kedai
Pusat Rawatan Batu Karang, Lorong Belakang, PNG 1, Jalan Pusat Niaga, Jalan Gangsa, Kampung Gangsa, 76100 Durian Tunggal, Malacca
Tak, amik nombor bermula pukul 6
boley datang ke
Kencing tak lawas ada rawatan ke.....
Atau sebab batu karang....
Kencing susah nak keluar....
Assalamulaikum.. untuk rawatan kenser pundi kencing blh x tuan..
Penyakit lain boleh rawat tak? Masalah hati sirosis.
Masih perlu datang sehari sebelum ke untuk ambil nombor?
Pusat Rawatan Ini dah tukar ke lot kedai..Ikut Waze,dia akan bawah ke Belakang Yong Tau Fu..itu betul..jangan panic..tunggu pukul 6 orang akan datang..kita que kat kereta..lepas ada orang cepatx2 que..baris kete pun dia orang potong que
RM 300 utk sorang pesakit. Sila bawa batu yg dikeluarkan jumpa doktor. Apa komen doktor? Di situ ada jawapan yg sebenar
maksudnya cmna tu selepas jumpa Dr???😀
Tonsil pada kanak-kanak boleh buang ke
nak tanya adakah rawatan ni tipu? sbb sy nak bawa isteri. mohon tuan jawab
Rm300 utk sekali rawatan ke?
Post a Comment
Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini