Perut pun dah bernyanyi. Terjumpa sebuah kedai makan berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia. Kami singgah makan sambil mula bertanya kepada orang keliling. Hasilnya, ada seorang budiman telah memberikan arah sebuah hotel yang katanya baru dua bulan dibuka. Hotel itu berada di kawasan perumahan teres. Ada dua baris kedai dua tingkat di Taman Tasik Utama.
Selesai makan, kami pun terus pergi ke hotel tersebut berpandukan arah yang diberi. Agak mudah mencarinya. Sesampai saja di hotel, memang kami dapati hotel itu masih baru kerana nampak kawasan lobinya masih kosong tanpa hiasan.
Koordinat GPS : 2.27498° 102.28438°
Hotel ini cukup selesa sebagai hotel bajet. Ini adalah kerana susun atur bilik dan hiasannya simple tetapi sesuai. Tempat parking kereta juga tidak menjadi masalah kerana tidak banyak kereta.
Suasana di waktu pagi 7.30am
Pelan Lantai
Senarai harga bilik. Maksima 3 orang sebilik
Oleh kerana tiada bilik yang boleh menampung 4 orang, kami membuat keputusan untuk mengambil 2 bilik untuk 2 orang. Apabila dicampurkan harga kedua-dua bilik tersebut, baru RM124. Biliknya tidak luas tetapi selesa untuk 2 orang.
Susunatur tandas yang simple. Air shower berkelajuan sederhana, cukup untuk mandi
TV 14", meja kecil untuk buat kerja/ bersolek dan tempat menyakut baju.
Terdapat Wifi percuma dan air botol 500ml percuma. Terdapat juga kawasan untuk menggosok baju dan pantry.
Perhatikan Wifi AP berdekatan siling
KEMASKINI 02 JANUARI 2017
Saya berkesempatan untuk datang semula ke hotel ini.
Keadaannya masih sama. Tapi harganya telah dinaikkan sejak tahun 2014 lagi. Berikut adalah senarai harga terbaru Hotel Tasik Utama
Sekian, Terima kasih!
Search tag : hotel air keroh, air keroh budget hotel, melaka budget hotel, hotel murah di melaka, melaka hotel murah
12 comments:
ok laaa....
Encik Nizam, saye nak minta encik punya nombor telepon! Terimakasih
deposit berape ???
dear bro, ape no contact hotel ni eh?
No Telefon 06-232 7222
Web page : www.hoteltasikutama.com
skg nie still ade x hotel nie? n harge tetap sme ke ekkk?
Sila telefon nomber diberi untuk kepastian. Terima kasih
Saye berada di hotel ini pada 3/12/2016 mlm ahad . Saye sekeluarga ambik bilik ada 3 single rm 110 semalam deposit rm 50
Terima kasih atas info!
Post a Comment
Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini