Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Wednesday, 22 June 2011

Hotel Jelai, Raub, Pahang


Hotel in Raub, Pahang.
Pada 20 Jun 2011 yang lalu, kami telah pergi ke Raub kerana menjalankan tugas tinjauan di Celcom Kolam Air Raub, Pahang untuk projek PDRM RMPnet. Melihat kepada iklan 'bunting' di tepi jalan, kelihatan beberapa hotel menawarkan harga yg berpatutan. Setelah membuat sedikit penyelidikan mengenai hotel-hotel yang terdapat di Bandar Raub, kami membuat keputusan untuk pergi ke Hotel Jelai kerana dikhabarkan hotel ini baru dibuka.

Kunjungan kami berbaloi kerana memang hotel itu baru dibuka kira-kira dua bulan. Lokasinya kira-kira 300 meter dari kawasan Bandar Raub. Jadi, nasihat saya, sediakan apa-apa yang patut sebelum ke hotel ini kerana tiada kemudahan restoran atau kedai serbanika di kawasan ini. Kalau nak makan atau membeli barang keperluan, kena naik kenderaan.

Lokasi GPS : 3.789286°, 101.855667°

Kami menginap di bilik untuk 3 orang; 1 katil queen dan 1 katil single. Harga promosi adalah RM108 termasuk sarapan. Yang paling menarik di bilik ini adalah susunan perabot dan bilik air yang ringkas tetapi kemas. Air paipnya sungguh laju. Puas mandi!
Di sini terdapat perkhidmatan WiFi. Anda juga boleh menggunakan komputer yang terdapat di lobi hotel.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa di sana. Anda boleh baca risalah untuk mendapat gambaran mengenai kemudahan yang diberikan oleh pihak hotel kepada pelanggannya.







tandas yg bersih dengan air yang laju

ruang lif di tingkat 2

tempat menggosok pakaian

Makanan yang disediakan untuk sarapan pagi termasuk nasi lemak bungkus, mee goreng bungkus dan roti bakar

Ruang kafetaria di Tingkat bawah

Kaunter

Komputer disediakan di lobi termasuk WiFi

Sila klik pada risalah ini. Anda akan dibawa ke mukasurat baru. Klik pada risalah untuk zoom.


Search tag : Hotel Raub, Raub budget hotel, hotel murah di Raub, Pahang budget hotel, raub hotel murah


17 comments:

Qis said...

antara hotel yang bagus dan bersih di raub..saya pn da pernah ke hotel jelai ni.. harga pn brpatutan..dari hotel seri raub..harga mahal tapi keadaan blik kotor dn brbau..

Anonymous said...

Saya setuju hotel jelai ni bersih.....baru balik dr raub 13/12/2011

Anonymous said...

err i need the phone number pls

Anonymous said...

suami saya pun tinggal di hotel jelai ni. baru semalam check in 3 hari 2 malam. tak sempat lagi nak tanya dia bagus ke tak

nizamnz said...

sila rujuk kepada pamphlet di atas utk mendapatkan nombor telefon

Anonymous said...

BRP RATES SEMLM?

nizamnz said...

Anda boleh hubungi pihk hotel untuk mendapatkan kadar sewa bilik. Nombor boleh didapati dari pamphlet (sila klik pada pamphlet utk membesarkannya).

Anonymous said...

BAGUS SANGAT HOTEL NI.WALAUPUN HARGA MURAH TAPI AMAT SELESA DAN BERBALOI.

Anonymous said...

jelai raub mmg bez banget...

Anonymous said...

stuju..... sbb sy staff hotel ney... hehe

Anonymous said...

thanks for the info....will book tis hotel now for my husband on tis weekend..:)

Anonymous said...

dah 2 kali menginap di hotel ini..amat berpuas hati..murah,bersih dan selesa..kebetulan anak2 belajar di Raub so sesekali dtg ziarah anak terus booking hotel ni...lagi pun leh dpt diskaun untuk gov staff..

ecycle said...

if i want online booking can or not?i want booking 14/9-16/9/2012 have room for 2 person

Anonymous said...

yang lat mentakab pon bagus gak service dia....

Anonymous said...

boleh wali in booking?

ppokoyo said...

Minggu lepas duduk kat HOTEL JELAI RAUB 4 mlm, hotel sgt ok (utk harga spt itu). WIFI excellent, signal dari router pon 3/4 bar. Tapi kutu2 yang dok kat kaunter bawah (lobi) tu main games tak ghenti-ghenti dari siang sampai tgh malam. Kita yang buat keja kat bilik nih pun terhegeh2 nak download, lembab sampai hang komputer. Dah2 lah budak2 oi... engko tu kena keja bukan suruh main game...

Anonymous said...

Haha.. Free bos.. Memang belasah je la. Nk gi cc kang kena bayo. Slow plak tu..

Post a Comment

Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini