Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Sunday 8 May 2011

SA Villa Holiday Inn, Kota Bharu, Kelantan


Hotel in Kota Bharu
Kami berkesempatan ke Kota Bharu pada 13 April 2011 yang lalu.

Kebetulan pada masa kami di kawasan Mulong (kira-kira 15 minit perjalanan dari Kota Bharu), kami bertanya kepada penduduk setempat jika ada hotel yang berdekatan kerana esoknya kami harus ke situ semula untuk mengambil kunci di pejabat Celcom.

Saya telah bertanya kepada orang yang tepat kerana beliau telah menunjukkan sebuah hotel yang baru dibuka (kalau tak silap pada bulan Mac 2011) dengan harga yang sangat berpatutan dan selesa.

Sebuah bangunan 3 tingkat yang dibina khas untuk sebuah hotel dengan modal lebih kurang RM1 juta dimiliki oleh seorang Islam. Antara kemudahan yang boleh didapati di hotel ini:

1. Semua bilik berhawa dingin dan mempunyai tandas berair panas
2. Tv beserta Astro
3. Wifi AP terletak di Tingkat 2.
4. Tempat letak kereta
5. Tempat berehat di Tingkat 2 dan Tingkat 3 (balkoni)
6. Sofa di kawasan lobi untuk berehat

Kami memilih bilik untuk 3 orang (1 katil besar & 1 katil kecil). Pada masa itu sudah lebih kurang 9 malam, bilik kosong hanya terdapat di tingkat 3. Harganya hanya RM60 semalam. Cukup murah dan berbaloi. Bilik yang bersih dan cukup selesa dan cukup besar untuk pengembara seperti kami.

Anda boleh melawat ke alamat di bawah untuk mendapatkan info yang lebih banyak

Laman Facebook SA-Villa-Holiday-Inn

Peta Google dan taip "SA villa holiday inn/kelantan" untuk mendapatkan lokasi di peta

Hotel ini terletak di koordinat
6.035642°
102.238587°

Risalah yang saya dapat di lobi hotel. Sila klik pada gambar di bawah untuk gambaran yang lebih besar

Search tag : Kota Bharu hotel, Kota Baru hotel, hotel murah di Kota Bharu, budget hotel in Kota Bharu, Kota Bharu hotel murah


13 comments:

Anonymous said...

owh...tp nape xde lif??

nizamnz said...

Mungkin kerana hotel ini mempunyai 3 tingkat sahaja. Hanya tuan punya hotel yang lebih mengetahui...

Anonymous said...

Ok lh tu namanya lg budget hotel..

nizamnz said...

:-)

Anonymous said...

Kalau dulu harga promotion hanya RM50 semalam, kenaikan kepada RM60 semalam masih dikira sangat murah jika dibandingkan dengan harga budget hotel sekelilingnya.

Parking adalah selesa (Jika penuh, anda masih boleh meletakkan kereta anda di tepi jalan utama tanpa merasa risau)

Ada beberapa kedai makan berdekatan (walking distance). Nasi berlauk ada berdekatan dengan traffic light Kedai Mulong sebelum sekolah.

Dekat dengan Wakaf Che Yeh (tempat membeli-belah di malam hari)

Wi-fi access sangat bagus. Tidak semua budget hotel menawarkan perkhidmatan Wi-Fi yang bagus secara percuma. (jika mengalami kemerosotan kelajuan, tutup power router selama 15 saat dan buka semula) Selalunya pekerja (terutama yg wanita) tidak tahu caranya, jika ini berlaku, anda perlu lakukan sendiri dengan nemanjat menggunakan kerusi.

Disyorkan untuk membuat tempahan awal terutamanya pada hari cuti.

Unknown said...

Skrg harga tuk family room dh naik rm80.. Tp masih dikira murah lagi la..

Unknown said...

kami jugak pernah ke hotel ni..memang terbaik untuk mereka yg nak budget..islamic value..bersih..kemas..bilik besar..selesa sgt2..sapa2 yg nk kena sana..saya syor kan ke hotel ni..korang xkan nyesal punya..

Unknown said...

kami jugak pernah ke hotel ni..memang terbaik untuk mereka yg nak budget..islamic value..bersih..kemas..bilik besar..selesa sgt2..sapa2 yg nk kena sana..saya syor kan ke hotel ni..korang xkan nyesal punya..

Dunes said...

Salam sya tertarik ingin mencuba kebetulan ade keje kawen

nizamnz said...

Molek sangat lah tu. Sila cuba dan berikan komen anda di sini supaya pelawat lain boleh jadikan rujukan. Terima kasih

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

assalamualaikum...kwn sy ade syorkn SA Villa Holiday ni jgk kt sy..tp dia ckp x pst samada kna book dlu atau blh redah cmtu je..nk tny la en.nizam ni kna book dlu ke klu nk stay kt sni?

nizamnz said...

W'salam. Cik Adila boleh hubungi pihak hotel di nombor pada risalah. Kalau saya, lebih baik buat tempahan untuk pastikan ada bilik. Kalau dah penuh, kita boleh terus cari hotel lain. Kan?

Post a Comment

Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini