Proses membaiki cermin itu memakan masa kira-kira 40 minit.
Proses memasukkan asid ke dalam rekahan cermin
Sambil kami melihat cara membaiki cermin tu, sempat juga saya menemu bual tokey kedai tu (dia buat sendiri - tak pakai pekerja sebab menjaga kualiti kerja). Katanya, kerja membaiki cermin memerlukan kemahiran dan kena pergi kursus.
Lampu Lampau Ungu (Ultra Violet) Untuk Mengeringkan Asid
Beliau telah cuba mengambil pekerja untuk melakukan tugas-tugas membaiki tapi malangnya kualitinya tidak sama. Ramai pelanggan yg datang semula ke kedainya kerana tidak berpuas hati dengan kualiti. Kotak Peralatan Untuk Membaiki Cermin
Katanya lagi, semua alatannya diimpot dari Jerman. Harganya agak mahal.
Cermin Selepas Dibaiki
Hasilnya? Hanya tinggal satu garisan sahaja!!
Bayaran kosnya? mmmmmmmmmm RM130.
Mengikut kata tokey tu, harganya bergantung kepada berapa panjang rekahan. Minima 6 inci adalah RM150. Setiap tambahan 1 inci akan dicas RM10. Tapi saya mintak diskaun, dapatlah harga RM130.
7 comments:
Mahalnye..baik tukar baru lg puas hati..
Kalau beli baru lagi mahal. Mahu RM1k.
ipoh tu kt area mana yee..?tumpang tanya..
Zulr9. Maaf. saya dah lupa tempatnya. Tapi kalau tak silap area Gopeng
Kat simpang pulai, dekat balai polis
Ada lagi ke kedai tu ?
Boleh try call nombor pada gambar diberi
Tk
Post a Comment
Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini