Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Friday, 31 October 2008

Repair Cermin Kereta

Baru-baru nie kami pergi repair cermin kereta Frontier yg telah retak kerana terkena batu.

Kedai repair cermin itu terletak di Ipoh. Kenapa Ipoh? Sebab masa tu kami sedang berada di Ipoh kerana ada kerja survey. Kebetulan terjumpa kedai tu.

Cermin Kereta Sebelum Repair

Proses membaiki cermin itu memakan masa kira-kira 40 minit.


Proses memasukkan asid ke dalam rekahan cermin

Sambil kami melihat cara membaiki cermin tu, sempat juga saya menemu bual tokey kedai tu (dia buat sendiri - tak pakai pekerja sebab menjaga kualiti kerja). Katanya, kerja membaiki cermin memerlukan kemahiran dan kena pergi kursus.

Lampu Lampau Ungu (Ultra Violet) Untuk Mengeringkan Asid

Beliau telah cuba mengambil pekerja untuk melakukan tugas-tugas membaiki tapi malangnya kualitinya tidak sama. Ramai pelanggan yg datang semula ke kedainya kerana tidak berpuas hati dengan kualiti. Kotak Peralatan Untuk Membaiki Cermin

Katanya lagi, semua alatannya diimpot dari Jerman. Harganya agak mahal.

Cermin Selepas Dibaiki

Hasilnya? Hanya tinggal satu garisan sahaja!!

Bayaran kosnya? mmmmmmmmmm RM130.

Mengikut kata tokey tu, harganya bergantung kepada berapa panjang rekahan. Minima 6 inci adalah RM150. Setiap tambahan 1 inci akan dicas RM10. Tapi saya mintak diskaun, dapatlah harga RM130.










7 comments:

Anonymous said...

Mahalnye..baik tukar baru lg puas hati..

nizamnz said...

Kalau beli baru lagi mahal. Mahu RM1k.

zulr9 said...

ipoh tu kt area mana yee..?tumpang tanya..

nizamnz said...

Zulr9. Maaf. saya dah lupa tempatnya. Tapi kalau tak silap area Gopeng

Anonymous said...

Kat simpang pulai, dekat balai polis

Suhaili said...

Ada lagi ke kedai tu ?

nizamnz said...

Boleh try call nombor pada gambar diberi

Tk

Post a Comment

Anda Ada Komen? Sila Komen Di Sini