Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Monday, 2 April 2012

Hotel Riverview Muar, Johor

Pada 22 Mac 2012 lalu, kami telah bertandang ke Muar, Johor. Menurut rakan sekerja, agak payah untuk mendapat hotel yang selesa bersesuaian dengan harga. Kebanyakannya samada mahal atau murah (cap ayam!). Kalau nak cari hotel standard sederhana memang susah.

Itu kata rakan saya. Setelah berpusing hampir seluruh Bandar Muar, kami telah menjumpai sebuah hotel yang kelihatannya mahal tetapi pada harga yang sungguh tak disangka! Apa tidaknya, bilik untuk 4 orang (dua katil double) berharga RM109 sahaja!. Tanpa berfikir panjang, kami terus setuju memandangkan keadaan lobi hotel yang selesa selalunya mempunyai bilik yang juga selesa.

Jangkaan kami sungguh tepat! biliknya cukup luas untuk 4 orang.

GPS Koordinat : 2.0498, 102.5723



Hotel yang besar dan lobi yang selesa

Seperkara yang ingin saya utarakan, hotel ini mempunyai sekuriti yang bagus. Setiap bilik diberikan sekeping kad kunci. Untuk memasuki kawasan bilik, terdapat satu pintu yang perlu dibuka dengan kad tersebut. Kemudian, pintu bilik juga menggunakan kad tersebut. Sistem keselamatan dua peringkat ini bagus untuk menjaga penginap dari diganggu tetamu tidak diundang.
Keadaan bilik memang diluar jangkaan kami. Biliknya luas dengan katil bersaiz King, TV LCD 32", dua kerusi, meja kecil, dan meja untuk buat kerja.


 Perhatikan lantai 'laminated" membolehkan kita lepak atas lantai

Katil saiz King dengan dua bantal setiap orang dan selimut tebal yang sungguh selesa. Tilam spring nya juga sangat lembut membuatkan saya mudah terlena bila baring...!

 Cermin besar untuk bersolek.

Bilik air dengan bath tub. Kelajuan air juga bagus. (Sorry, termasuk pulak gambar saya...)
Dengan kondisi bilik yang seperti ini, saya tidak teragak-agak mengesyorkan anda untuk tinggal di hotel ini. Anda cuma perlu booking awal untuk mengelakkan penuh kerana hotel ini disukai ramai. Senarai harga bilik ada di bawah:


Saya berani katakan, hotel ini adalah antara hotel bajet terbaik pernah kami duduki sepanjang kami bekerja berkelana.

Oh ya, terdapat juga tempat letak kereta berpagar dengan penjaga di hadapan hotel ini.

Kawasan letak kereta yang cukup luas untuk pelanggan

Kesimpulannya, jika anda berhajat ke Muar, silalah menginap di Hotel Riverview. Pasti anda terpesona dengan keselesaan dan keindahannya...

Search tag : Hotel di Muar, budget hotel in muar, hotel bajet muar, hotel murah di muar, muar hotel, muar budget hotel

Hotel Tasik Utama, Ayer Keroh

20 Mac 2012 lalu, kami berempat pergi ke Ayer Keroh, Melaka kerana esoknya kami kena ambil kunci untuk site Digi di Ayer Keroh Heights (Office Digi). Pada masa itu dah pukul 8 malam, kami mula mencari hotel yang bersesuaian dengan bajet kami. Malangnya, payah sungguh nak cari hotel bajet di Ayer Keroh ni. Kebanyakannya jenis resort yang pastinya beratus-ratus RM sebilik untuk 4 orang.

Perut pun dah bernyanyi. Terjumpa sebuah kedai makan berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia. Kami singgah makan sambil mula bertanya kepada orang keliling. Hasilnya, ada seorang budiman telah memberikan arah sebuah hotel yang katanya baru dua bulan dibuka. Hotel itu berada di kawasan perumahan teres. Ada dua baris kedai dua tingkat di Taman Tasik Utama.

Selesai makan, kami pun terus pergi ke hotel tersebut berpandukan arah yang diberi. Agak mudah mencarinya. Sesampai saja di hotel, memang kami dapati hotel itu masih baru kerana nampak kawasan lobinya masih kosong tanpa hiasan.

Koordinat GPS : 2.27498° 102.28438°



Hotel ini cukup selesa sebagai hotel bajet. Ini adalah kerana susun atur bilik dan hiasannya simple tetapi sesuai. Tempat parking kereta juga tidak menjadi masalah kerana tidak banyak kereta.




Suasana di waktu pagi 7.30am



Pelan Lantai

Senarai harga bilik. Maksima 3 orang sebilik

Oleh kerana tiada bilik yang boleh menampung 4 orang, kami membuat keputusan untuk mengambil 2 bilik untuk 2 orang. Apabila dicampurkan harga kedua-dua bilik tersebut, baru RM124. Biliknya tidak luas tetapi selesa untuk 2 orang.



Susunatur tandas yang simple. Air shower berkelajuan sederhana, cukup untuk mandi

 TV 14", meja kecil untuk buat kerja/ bersolek dan tempat menyakut baju.


Terdapat Wifi percuma dan air botol 500ml percuma. Terdapat juga kawasan untuk menggosok baju dan pantry.


Perhatikan Wifi AP berdekatan siling

 Secara keseluruhannya, hotel ini amat sesuai untuk orang yang berhajat untuk tinggal dalam jangka pendek. Kebersihannya terjaga dan penjaga kaunternya juga 'friendly'. Saya sangat menganjurkan anda untuk tinggal di hotel ini.


KEMASKINI 02 JANUARI 2017

Saya berkesempatan untuk datang semula ke hotel ini.

Keadaannya masih sama. Tapi harganya telah dinaikkan sejak tahun 2014 lagi. Berikut adalah senarai harga terbaru Hotel Tasik Utama



Sekian, Terima kasih!

Search tag : hotel air keroh, air keroh budget hotel, melaka budget hotel, hotel murah di melaka, melaka hotel murah