Hotel in Kota Bharu
Kami berkesempatan ke Kota Bharu pada 13 April 2011 yang lalu.
Kebetulan pada masa kami di kawasan Mulong (kira-kira 15 minit perjalanan dari Kota Bharu), kami bertanya kepada penduduk setempat jika ada hotel yang berdekatan kerana esoknya kami harus ke situ semula untuk mengambil kunci di pejabat Celcom.
Saya telah bertanya kepada orang yang tepat kerana beliau telah menunjukkan sebuah hotel yang baru dibuka (kalau tak silap pada bulan Mac 2011) dengan harga yang sangat berpatutan dan selesa.
Sebuah bangunan 3 tingkat yang dibina khas untuk sebuah hotel dengan modal lebih kurang RM1 juta dimiliki oleh seorang Islam. Antara kemudahan yang boleh didapati di hotel ini:
1. Semua bilik berhawa dingin dan mempunyai tandas berair panas
2. Tv beserta Astro
3. Wifi AP terletak di Tingkat 2.
4. Tempat letak kereta
5. Tempat berehat di Tingkat 2 dan Tingkat 3 (balkoni)
6. Sofa di kawasan lobi untuk berehat
Kami memilih bilik untuk 3 orang (1 katil besar & 1 katil kecil). Pada masa itu sudah lebih kurang 9 malam, bilik kosong hanya terdapat di tingkat 3. Harganya hanya RM60 semalam. Cukup murah dan berbaloi. Bilik yang bersih dan cukup selesa dan cukup besar untuk pengembara seperti kami.
Anda boleh melawat ke alamat di bawah untuk mendapatkan info yang lebih banyak
Laman Facebook SA-Villa-Holiday-Inn
Peta Google dan taip "SA villa holiday inn/kelantan" untuk mendapatkan lokasi di peta
Hotel ini terletak di koordinat
6.035642°
102.238587°
Risalah yang saya dapat di lobi hotel. Sila klik pada gambar di bawah untuk gambaran yang lebih besar
Search tag : Kota Bharu hotel, Kota Baru hotel, hotel murah di Kota Bharu, budget hotel in Kota Bharu, Kota Bharu hotel murah