Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Monday, 3 November 2008

Melancung Ke Tasik Kenyir

Hari Sabtu lepas (1 November 2008) geng kami telah melancung ke Tasik Kenyir. Alang-alang dah sampai Kuala Terengganu, kami tak mahu lepaskan peluang ler...

Gambar-gambar di bawah nie diambail di sekitar Tasik Kenyir. Bagi pencinta pemandangan, memang tempat ini sungguh mengasyikkan.


Sekitar Taman Herba

Di Taman herba, kami dapat melihat berbagai jenis tumbuhan herba yg ditanam di sini.

Jeti di Taman Herba. Cantik kan?

Kami pergi ke 3 tempat; Taman Herba, Bukit Sauk (Waterfall) dan tempat ternakan ikan dalam sangkar.




Inilah waterfall di Bukit Sauk




Jeti di Pengkalan Gawi tempat bermulanya perjalanan kami

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu



Pada 29 Oktober lalu, saya telah pergi ke menara telekomunikasi Telekom yang terletak di Bukit Besar, Kuala Terengganu atas urusan kerja (buat survey lah tu!)




Bagi penduduk Kuala Terengganu tentu tahu di mana letaknya Bukit Besar tu. Bukit yang mempunyai banyak menara elekomunikasi di atasnya.


Dari atas bukit tu, saya telah menikmati pemandangan yang indah disamping dapat melihat Taman Tamadun Islam.

Inilah hasilnya...



Ini pula adalah Masjid Kristal.

Malangnya, saya belum berkesempatan ke sana lagi. Hanya meninjau dari jauh saja. Maklumlah, saya ke Kuala Terengganu bukan untuk berjalan-jalan. Ada kerja...

Friday, 31 October 2008

Repair Cermin Kereta

Baru-baru nie kami pergi repair cermin kereta Frontier yg telah retak kerana terkena batu.

Kedai repair cermin itu terletak di Ipoh. Kenapa Ipoh? Sebab masa tu kami sedang berada di Ipoh kerana ada kerja survey. Kebetulan terjumpa kedai tu.

Cermin Kereta Sebelum Repair

Proses membaiki cermin itu memakan masa kira-kira 40 minit.


Proses memasukkan asid ke dalam rekahan cermin

Sambil kami melihat cara membaiki cermin tu, sempat juga saya menemu bual tokey kedai tu (dia buat sendiri - tak pakai pekerja sebab menjaga kualiti kerja). Katanya, kerja membaiki cermin memerlukan kemahiran dan kena pergi kursus.

Lampu Lampau Ungu (Ultra Violet) Untuk Mengeringkan Asid

Beliau telah cuba mengambil pekerja untuk melakukan tugas-tugas membaiki tapi malangnya kualitinya tidak sama. Ramai pelanggan yg datang semula ke kedainya kerana tidak berpuas hati dengan kualiti. Kotak Peralatan Untuk Membaiki Cermin

Katanya lagi, semua alatannya diimpot dari Jerman. Harganya agak mahal.

Cermin Selepas Dibaiki

Hasilnya? Hanya tinggal satu garisan sahaja!!

Bayaran kosnya? mmmmmmmmmm RM130.

Mengikut kata tokey tu, harganya bergantung kepada berapa panjang rekahan. Minima 6 inci adalah RM150. Setiap tambahan 1 inci akan dicas RM10. Tapi saya mintak diskaun, dapatlah harga RM130.










Tuesday, 7 October 2008

Hari nie Buat Kerja






Kami sekarang nie sedang buat projek Ericsson - Relacom (Maxis 3G New Site) untuk Northern area.




Hari nie kami berada di Ipoh. Tinggal kat Hotel Lotte. Hotel biasa jerr..... tapi biliknya cukup besar untuk 4 orang. 1 katil besar, 2 katil kecik.




Siap ada tv, fridge, meja buat kerja, meja solek dan almari. Harga RM125 semalam aje.
Bilik bersepah. Biasa lah..... heheheeeee..... orang bujang.....!!!!! Yang penting, bilik tu memang selesa untuk buat report.




This Is My First Time

Assalamualaikum,

Ini adalah pertama kali saya membuat blog.

Blog ini akan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.