Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Tuesday, 19 October 2010

Hotel Di Jeli - Ayna Guest House

Ada hotel di Bandar Jeli? Itu soalan yang biasa di dengar. Tetapi sekarang ni ia telah benar-benar ada. Namanya "Ayna Guest House".

Pada 10 Oktober 2010 yang lalu, kami kebetulan hendak mencari tempat tidur di kawasan Jeli kerana esoknya kami ada kerja di kawasan Tasik Pergau. Pekan Jeli adalah pekan terhampir dengan Tasik Pergau. Kami bertanya kepada dua orang brader yang duduk-duduk di kedai berhampiran. Terus ditunjukkan kepada kami satu-satunya hotel di Pekan Jeli ini.

Dari rupa, kelihatan hotel ini baru dibuka. Paling lama pun setahun. Tapi saya tak tanya pula bila tarikh sebenarnya. Keadaan biliknya agak sempit tetapi selesa. Maklumlah, hotel di bangunan teres dua tingkat - lot tengah pulak tu! Walau bagaimana pun, untuk menginap sehari dua tidak menjadi masalah.
Kami menyewa dua bilik yang bersambung dengan sekeping pintu. Kami perlukan bilik yang agak luas kerana untuk memudahkan kami membuat kerja-kerja menyiapkan laporan di sebelah malam. Harga untuk sebilik (Bilik No 1) adalah RM50 dengan katil queen size dan tambahan RM20 untuk bilik No 2 dengan katil single yang disambungkan. Wah! lebih besar dari king size jadinya!. Jadi, jumlah bayaran adalah RM70 semalam.

Bilik No1 dilengkapi tandas dan aircond tetapi Bilik No 2 hanya almari dan kipas. Jadi, kami buka pintu tengah tu untuk mendapat aircond bagi kedua-dua bilik. Sebenarnya di hotel ini juga terdapat tandas sharing di luar.

TV dan peti ais hanya terdapat di satu ruang di bahagian hadapan hotel. Ia untuk dikongsi semua penyewa. Untuk menyewa, anda perlu pergi ke tingkat bawah (kedai komputer) untuk mendaftar.

Koordinat GPS : N5.69226°, E101.84755°



Bilik No 1



Bilik No 2




Ruang TV dan Peti Ais


Secara keseluruhannya, Ayna Guest House telah menepati "Fardhu Kifayah" untuk menyediakan tempat penginapan untuk musafir yang selesa dengan harga yang berpatutan. Hotel lain yang terhampir khabarnya terletak berdekatan MRSM Jeli kira-kira 17km jauhnya dari Pekan Jeli. Kami tidak teragak-agak untuk tinggal di sini memandangkan kami tidak mahu bersusah payah memandu ke hotel lain yang belum tentu dapat selesa seperti ini.