Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Wednesday, 21 August 2013

Sejarah Televisyen (TV) - Bermula Dari Tahun 1900

Artikel ini dipetik dari http://silverheritage.blogspot.com/2013_07_01_archive.html

Pengenalan Televisyen

Televisyen berasal dari dua kata yang berbeza asalnya iaitu tele (Bahasa Yunani) yang bererti jauh dan visi (Videre - Bahasa Latin) yang bererti penglihatan. Televisyen, kata asalnya television (Bahasa Inggeris) bermaksud melihat jauh. Melihat jauh dalam konteks pemahaman ini disamakan dengan gambar dan suara yang diterbitkan di suatu tempat (Studio Televisyen) dapat dilihat dari tempat lain menerusi sebuah alat penerima (peti TV).

Istilah television sebenarnya baharu dicetuskan pada 25 Ogos, 1900 di Kota Paris, Perancis, semasa satu pertemuan para ahli bidang elektronik dari beberapa negara diadakan di situ.





Perkembangan Televisyen

Perkembangan bidang teknologi elektronik dunia memperlihatkan beberapa kemajuan awal sejak abad ke-19 hinggalah ke abad ini. Siaran radio yang mendahului kemunculan televisyen dalam bidang itu telah dirintiskan oleh seorang ahli elektronik bernama Dane. Dalam tahun 1802, beliau telah menemukan bahawa 'pesan' dapat dikirim melalui kawat beraliran elektrik dalam jarak pendek dalam satu eksperimennya yang sederhana. Penemuan itu kemudian diperkembangkan pula oleh James Maxwell, Heinrich Bertz dan Guglemo Marconi.

Maxwell, ahli geografi Inggeris, berjaya menemukan rumus-rumus yang dipercayai dapat mewujudkan gelombang elektromagnet iaitu gelombang yang digunakan untuk radio dan tv pada tahun 1865. Beliau berpendapat gerakan magnetik dapat menerusi ruang angkasa secara bergelombang dengan kecepatan 186 000 batu per saat selari dengan kecepatan cahaya.





Teorinya didapati benar dan Maxwell dikenali sebagai "Scientific Father Of Wireless" (Bapa Saintifik Wayarles).



Pada tahun 1884, Hertz juga mendapati teori Maxwell benar dan pada tahun 1895, Marconi mempraktikkan teori itu. Pada tahun 1896 Marconi berjaya mengesan bunyi tanpa kawat dan pada tahun 1901, dia berjaya pula mengembangkannya dengan jarak melintasi Lautan Atlantik.


Pada tahun 1906, Dr. Lee de Forest dari Amerika Syarikat telah mengembangkan penemuan Marconi dan menciptakan tiub vakum yang memungkinkan suara dapat dipancarkan. Siaran radio pada awalnya telah oleh David Sarnoff (1915) dan seterusnya siaran radio itu berkembang seperti sekarang ini.


Berasaskan penemuan Dane (1802), muncul berbagai perkembangan dalam bidang komunikasi dengan inovasi terbaharu. Antaranya termasuklah telegraf, telefon, gelombang elektromagnet, radio perhubungan, radio siaran dan juga televisyen pada abad ke-20.

Kita harus menghargai sumbangan yang telah dimainkan oleh beberapa orang ahli sains yang telah berjaya melakukan penelitian untuk mewujudkan 'gagasan' pemindahan gambar dari satu tempat ke tempat lain menerusi menerusi udara.

Antara mereka ialah Maurice le Blance, Brillouin, Seleneqdan Dussand (di Paris), de Paiva (Lisbon), Heinreich Hertz dan Paul Nipkow (Berlin), Sutton Bidwell, Alexander Bain (London) dan Ferdinand Braun (Strassbueg). Mereka adalah peletak dasar gagasan-gagasan perkembangan TV di masa depan.




Penyelidikan untuk terus meningkatkan teknologi TV dilanjutkan menjelang Perang Dunia Pertama. Dasar TV warna pula telah dicanangkan oleh nama-nama seperti dari Jerman, Max Dickman, Rosing dan Vladimir, dari London ditemui nama Campell Swinton, Di Paris Armengaud, Rignoux dan Fournier dan di Budapest, Denes von Mihaly.


Sewaktu meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua, sejarah telah menyaksikan satu perpindahan golongan penyelidik teknokrat dari Benua Eropah ke Amerika Syarikat. Antara mereke termasuklah Zworykin (Rusia) pada tahun 1918 dan Charles Jenkin dan Farnworth dari Eropah. Kehadiran mereka mendorong perkembangan yang pesat dalam bidang televisyen di negara berkenaan.

 
Dari nama-nama peletak dasar TV di atas, perlu diingati juga akan penemuan Paul Nipkow (1884) iaitu sebuah alat bernama Jantra Nipkow (disebut Nipkow Disk dan Nipkowsheibe), yang melahirkan TV mekanik yang waktu itu bernama Electrische Teleskop.

Televisyen elektronik seperti yang kita miliki sekarang ini sebenarnya berpunca dari perubahan dasar TV mekanik yang mempergunakan teknik penyapuan (scanning device) walhal televisyen elektronik menggunakan teknik penyapuan secara elektrik. Semua ini berlaku hasil kerjasama para ahli elektronik Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 1923.

Paul Nipkow telah diletakkan sebagai perintis pembangunan pertelevisyenan kerana penemuan Jantra Nipkow nya yang mana kemudian menjadi dasar perkembangan pertelevisyenan sampai diketemukannya teknik penyapuan secara elektronik pada tahun 1923. Beliau juga telah dianggap oleh dunia sebagai Bapa televisyen.
 Begitulah serba sedikit mengenai sejarah TV hanya sebagai info asas untuk kita semua. Suatu masa dahulu TV merupakan satu alat yang sungguh dibanggakan bagi mereka yang boleh memilikinya sama seperti telefon bimbit sekarang.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah pergi ke wikipedia 

Thursday, 16 May 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Artikel ini diambil dari sumber
http://silverheritage.blogspot.com/2013/05/tanda-tanda-sakit-di-badan-suatu.html



Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.



3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.




 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:


Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Sunday, 21 April 2013

Balai Polis Bukit Kepong

Pada 17 April 2013 (Rabu) lalu, kami berkesempatan melawat tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong. Menurut sejarah, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh Komunis pada masa darurat dahulu.

Bangunan asal Balai Polis Bukit Kepong telah musnah di dalam kebakaran akibat serangan tersebut. Bagitu jugalah dengan anggota Polis yang bertugas serta kaum keluarga mereka.

Koordinat GPS : 2.3465, 102.8303

Kemudian, bangunan Balai Polis Bukit Kepong telah dibangunkan semula oleh pemerintah serta ditambah dengan tembok batu dan menara kawalan.

Semasa lawatan kami ke Balai Polis Bukit Kepong, keadaan bangunan tersebut sedang dibaik pulih. Jadi, kami tidak berpeluang untuk masuk kedalam. Gambar-gambar hanya boleh diambil dari luar sahaja.

Pemandangan Balai Polis Bukit Kepong dan kawasan sekitarnya

 
 
Gambar Zoom

Zoom lebih lagi.....
 
 
Kelihatan bangunan Balai Polis Bukit Kepong sangat hampir dengan sungai, tidak seperti filem arahan seniman Jins Shamsuddin yang agak jauh.
 
 
 
Selepas selesai tugas kami melakukan site survey site Digi untuk 'Rainbow Project", kami 'melencong' sebentar ke tapak Balai Polis Bukit Kepong. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan melihat-lihat kawasan sekitarnya.
 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil:
 
 
 
 
 


Pandangan dari jalan raya,

 
 
Diharap saya akan dapat peluang ke sini lagi setelah kerja-kerja baik pulih selesai supaya saya boleh kemas kini gambar-gambar ini dengan menambah bahagian dalaman pula. Insya Allah
 
 
 
 
 
 
 
 


Pemandangan Bandar Batu Pahat

Pada 8 April 2013 yang lalu, saya telah ke sebuah bangunan di atas Terminal Bas Ekspres Batu Pahat. Kami ke sana untuk menyelesaikan kerja-kerja site survey untuk Projek "Rainbow" Celcom-Digi.

Bangunan tersebut adalah setinggi 14 tingkat. Gambar diambil adalah dari Tingat 14 dan aras bumbung.

Bagi anda yang berasal dari Batu Pahat, mungkin ini antara gambar-gambar Bandar Batu Pahat yang ingin anda lihat.


Koordinat GPS :  1.85325   102.92643



Inilah bangunan di atas Terminal Bas Ekspres itu.


Nama bangunan tidak dapat dipastikan kerana ketiadaan label ataupun iklan pada bangunan tersebut. Kelihatannya seperti bangunan tinggal.

Di sinilah gambar-gambar selanjutnya diambil.




Gambar di bawah diambil dari Tingkat 14.




Gambar ini pula diambil dari bumbung bangunan. Gambar Panoramik 360 darjah