Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Sunday, 5 December 2010

Ma'al Hijrah -- Doa Akhir dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Berikut adalah Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Thursday, 2 December 2010

Belangkas Kota Tinggi

Pada 30 November 2010 lepas, kami berkesempatan ke Kota Tinggi, Johor. Dari Desaru, kami bekerja di site Kuayah Laut. Apabila tengahari, kami dijemput untuk merasai masakan belangkas.
Ini merupakan pertama kali saya merasai belangkas. Ia adalah hidupan laut yang boleh didapati di pantai. Menurut info yang saya dapat, pengusaha gerai ini mendapat bekalan dari peraih dari Sungai Rengit, Kota Tinggi.
Koordinat gerai : N1.732597° E103.903798°

Ini adalah rupa belangkas:


Inilah gerai menjual masakan belangkas yang terletak di Jalan Tun Sri Lanang, Kota Tinggi, Johor. Di samping itu juga, gerai ini ada juga menjual makanan laut gaya kampung seperti kupang. Nama gerai ini adalah Gerai Belangkas Mahkota.
Inilah rupa gerainya yang cukup sederhana namun agak selesa dengan tempat letak kereta yang agak luas dan terletak bersebelahan dengan Stor Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran.



Inilah masakan belangkas. Masakan yang sederhana namun menarik. Belangkas itu telah dipotong supaya mudah dimakan. Menurut rakan yang makan bersama, hanya bahagian telur
yang boleh dimakan. Ini adalah kerana ia tidak mempunyai daging kecuali di bahagian kaki. Untuk mendapatkan telurnya, harus dikopek cengkerangya kerana telurnya terletak ditengah-tengah cengkerang. Makan belangkas berulam kacang botol dan sambal belacan. mmmmmm.........
Masing-masing sedang menikmati makan yang jarang dijumpai kerana hampir pupus.
Kupang pun ada...
Hidangan tengahari kami.
Konvoi surveyor sedang menikmati makanan tengahari.
Mmmmm..... concentrate nampak...