Waktu Solat Hari Ini

Halaman

Tuesday 10 August 2010

Jalan-jalan di Rantau Panjang

Assalamualaikum,

Pada 8 Julai 2010 lepas, saya telah ke sempadan malaysia - Thailand iaitu Rantau Panjang. Sebelum ini hanya dengar cerita dari kawan-kawan pasal meredah Sungai Golok untuk ke Siam. So, kali ini kebetulan kami ada kerja di Kota Bharu. Jarak perjalanan kira-kira 50km dari Kota Bharu dan memakan masa 40 minit untuk sampai. Habis kerja , kami terus ke sini untuk melihat sendiri kehidupan di sempadan.

Sempadan di sini taak sama seperti di Bukit Kayu Hitam, Kedah @ Padang Besar, Perlis kerana ia hanya dipisahkan oleh sebatang sungai kecil. Kalau nak berenang pun boleh. Kata orang tempatan, kalau musim kemarau/ surut, boleh jalan kaki aja ke seberang.

Setelah kami bertiga (bersama Isriadi dan Badrulishah) habis pusing Pekan Rantau Panjang (kawasan perniagaan), kami terus pergi ke salah satu jeti untuk ke seberang. Hajat hati nak juga menyeberang tetapi diberitahu oleh penduduk tempatan bahawa hari itu tidak sesuai kerana pihak berkuasa Siam ada melakukan pemeriksaan setiap hari.

Jadi kami ambil keputusan untuk melihat saja dan mengambil beberapa gambar sebagai kenangan. Dari info yang kami dapat, harga tambang bot hanya RM1 dan untuk ke pekan Golok, boleh tumpang motor penduduk tempatan dengan harga RM2 sahaja.